Hi everyone!!!
Jika saya bercuti ke tempat-tempat menarik, saya pasti membawa buku
nota kecil dan pen untuk saya catitkan tempat-tempat yang menarik untuk
dikongsi bersama readers saya. Saya merasa puas jika saya dapat memberi
informasi kepada orang lain.
Ini adalah kekasih-kekasih hati saya, Kasih Aleeya dan Kasih Amaani, dua orang puteri yang menyerikan hidup saya dan suami.
Saya banyak bercerita tentang kisah keluarga saya. Tak pasti orang
dah bosan atau belum dengan cerita saya hahaha! Tanpa mereka tak mungkin
saya ada dan masih bertahan disini.
Ok saya dah berpunya hahahahha Lelaki ini dikenali sebagai Pak Radie.
Dia bapa kepada Kasih-Kasih saya. Masing-masing ada karakter
masing-masing yang sering saya ceritakan di blog Kasih Aleeya. Readers
lama mungkin dah faham sangat dengan karekter watak-watak di blog ini,
jadi kepada new readers marilah menyelami watak-watak di blog saya.
Ini gambar saya ketika hamil 3 bulan, anak ketiga. Kenangan semasa
terpilih menjadi juara Levi’s competition anjuran Eh magazine, satu lagi
kenangan manis yang saya abadikan di dalam blog ini.
Oh ye, tadi saya ada bagitau anda tentang betapa saya teruja
berkongsi pengalaman percutian saya kan? Buat masa ini tak banyak lah
sangat tempat-tempat yang saya lawati tapi tetap nak share jugak!
Semasa bercuti di Bandung.
Bercuti bersama Pak Radie di Bali.
Percutian ke Hong Kong Disneyland. Ok
entry ni paling hits kot sebab saya share banyak tips, boleh check tips
ke HK Disneyland di sidebar.
Ok itu semua hanya sekadar intro untuk anda
lebih mengenali dan mencintai saya. Now mari saya cerita lebih detail
lagi! Sebenarnya terpilih oleh Nuffnang sebagai Featured Blogger of the
Month adalah sesuatu yang setiap blogger impikan kot? Saya pernah
bermimpi dan berangan semoga suatu hari nanti pihak Nuffnang akan
memilih blog saya tapi saya tahu cita-cita itu terlalu tinggi untuk
dicapai. Amboi over gila lah nie kan hahaha tapi tiada yang mustahil.
Sesungguhnya saya rasa nak pengsan bila pihak Nuffnang memilih blog
Kasih Aleeya sebagai Featured Blogger untuk bulan March ini.
Saya tak pernah menyesal bersama dengan Nuffnang kerana sejak bersama
Nuffnang rezeki saya semakin melimpah ruah dan saya mula dikenali dalam
dunia blogging ;) Padahal saya tahu, siapalah saya sekadar seorang ibu,
seorang isteri, seorang perempuan yang biasa-biasa sahaja. Nuffnang
memberi saya banyak peluang untuk menjadi seorang yang lebih
berkeyakinan!
Sewaktu menghadiri Nuffnang Asia Pacific
Blog Awards 2011. Seronok masa ni sebab boleh melawa dan jumpa ramai
bloggers hebat serta menambah kenalan hahaha!
Bergambar kenangan bersama blogger-blogger lain.
Kenangan semasa terlibat dalam project Nuffnang dan Olay.
Terlibat dalam pelancaran Butik Trudy and Teddy bersama Nuffnang di Pavilion
Salah satu event bersama Nuffnang dan Gatsby di Berjaya Times Square.
Semasa dijemput oleh Nuffnang untuk menghadiri pelancaran Blackberry di Pavilion.
Oih nak cerita banyak lagi, tak muat mukasurat lah pulak kan. Banyak
sangat kenangan manis bersama dengan Nuffnang! Peluang dan penghargaan
yang Nuffnang berikan kepada blogger picisan seperti saya tak mungkin
saya lupakan. Pasti saya ingin terus bersama Nuffnang haha eh dah macam
dapat award pulak. So jika anda mahu impian dan angan-angan anda
tercapai seperti saya? Mari setia bersama Nuffnang dan marilah menjadi
diri sendiri dalam penulisan anda. Teruskan menulis, teruskan berkarya,
teruskan memberi informasi yang berguna untuk readers yang sanggup
meluangkan masa mengadap blog anda setiap hari tanpa jemu.
Itulah nasihat ahkak nak bagi kat semua.
Oh ya, sebelum terlupa, mari saya kenalkan anda semua kepada ahli keluarga baru saya!
Our third Kasih. Now we’ve got 3 Kasihs in the house yo!!
Disaat saya menulis entry ini, Kasih ini baru saja dilahirkan 18 jam
yang lalu. Saya ibu paling gembira dimuka bumi ini kerana dikurniakan
tiga Kasihs untuk melengkapkan hidup kami ;) Syukur Alhamdulilah atas
pemberianMu Ya Allah.
Untuk lebih mengenali saya dengan lebih dekat, silalah ke:
Blog:
Kasihaleeya.blogspot.com
FB:
Fadilla Ibrahim
Twitter:
@fillanie
Instagram:
@fillanie
Nanti bolehlah kalain smua melawat blog beliau ...