Cara-cara untuk memasang Windows adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemilik komputer. Bukan sahaja ia dapat menjimatkan wang anda daripada menghantarnya ke kedai, malah jika berlaku apa-apa masalah pada komputer yang tidak dapat anda betulkan, anda cuma perlu format ia kembali!
Jadi, panduan yang pertama ini akan menerangkan cara-cara untuk format komputer dengan Windows 7. Anda cuma memerlukan sebuah komputer, CD pemasangan Windows 7, dan sekotak biskut untuk menemani anda sambil anda menunggu. Dah sedia? Jom mula sekarang!
Bagaimana nak pasang Windows 7 pada komputer/laptop
1) Hidupkan komputer dan masukkan CD Windows 7.
Nota: Pastikan boot sequence anda ditetapkan kepada CD ataupun pendrive
2) Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci anda.
Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.
3) Tetingkap “Install Windows” keluar. Tekan ‘Next’
4) Tekan butang “Install now”
5) Pilih edisi Windows 7 anda dengan ‘x86’ di ruangan ‘Architecture’, dan tekan ‘Next’.
6) Tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan tekan ‘Next’.
7) Tekan pada pilihan “Custom (advanced)”.
8) Pilih partition anda dan tekan ‘Next’.
9) Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai, dan komputer anda akan restart dengan sendiri.
10) Jika skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja.
Windows akan restart lagi dengan sendirinya, anda hanya perlu menunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.
11) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Taipkan nama anda pada ruangan “user name” dan tekan ‘Next’.
12) Taipkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut, dan tekan ‘Next’.
13) Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7 anda.
Nota: Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan anda mengosongkan kotak “Automatically activate Windows when I’m online” jika anda menangguhkan langkah ini.
14) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.
15) Pada bahagian “Time zone”, pilih “(UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore” dan tekan ‘Next’.
16) Sekiranya anda disambungkan kepada Internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.
17) Kini, Windows 7 anda sudah dipasang dan siap sedia digunakan!
Khamis, 31 Mei 2012
Home »
» cara-cara untuk format komputer dengan Windows 7
cara-cara untuk format komputer dengan Windows 7
3:27 PTG
No comments
Related Posts:
Segmen Blogwalking Aisyah Humaira Click Banner To Join Faedah : Tingkatkan follower Tingkatkan kenalan Syarat : Follower Aisyah Humaira Like fanpage Aisyah Humaira di sidebar Klik [link ini] sampai habis loading *SILA JUJUR Buat Entry … Read More
DOODLE SEGMENT by MUNIRAH MN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN UNTUK BLOGGERS WAJIB follow blog ni. SUNAT like fanpage. Buat entry bertajuk 'DOODLE SEGMENT by MUNIRAH MN' Copy banner tak berapa comel tu, paste dan link ke ENTRY INI. Mest… Read More
Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria Assalamualaikum... Hari ini saya nak lancarkan perang gerila..Ehh...tertiba..nak lancarkan Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria. Nama pun mini kan jadi hadiahnya tidaklah terlalu besar. Syaratnya : Follow blog !Ai… Read More
Punca, Gambar Dan Video Kemalangan Ngeri 4 Pagi 21 April 2013 Lima lelaki termasuk seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang, awal pagi tadi. Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu, t… Read More
Segmen Topup 24 Jam by Emas Putih Part #2 Assalamualaikum ... To Join Click Banner , Hurry Fast fast Segmen akan tutup pada jam 11:59 malam/24 April 2013 … Read More
0 ulasan:
Catat Ulasan