Bagi yang belum berkahwin & sudah berkahwin..Jom follow beberapa tips dari admin utk kebahagian rumahtangga yang kita bina kelak..Aku Nikah Kerana Allah! Insyallah.-
TIP PERKAHWINAN
KETIKA MENCARI CALON :
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
KETIKA MELAMAR :
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah (melalui orang tua/wali si gadis).
KETIKA AKAD NIKAH :
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN :
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa' mereka.
KETIKA MALAM PERTAMA :
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA :
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG :
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK :
Cintailah isteri atau suami anda 100%.
KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK :
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM :
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
KETIKA EKONOMI BERKEMBANG :
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
KETIKA ANDA ADALAH SUAMI :
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
KETIKA ANDA ADALAH ISTERI :
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan