As-Salam. Satu amaran daripada seorang errr atau mungkin kumpulan penggodam yang menggelarkan diri sebagai New Anonymous!
Penggodam (hacker) ini memberikan amaran bahawa mereka akan menyerang
blog-blog yang isi kandungannya adalah entri-entri yang diceduk dan
disenduk daripada sumber lain.
Entri
yang bersifat bukan original dan diambil dari blog lain sangatlah tidak
disukai oleh mereka. Serangan ini dilancarkan sebagai satu amaran dan
ingatan, dan sebagai pengajaran buat blogger yang suka melanggar etika
berblog dengan tidak menyediakan entri sendiri.
Bukan isu baru tetapi dah bersawang, malah ramai dah blogger-blogger yang ingatkan - jangan buat entri yang 100 peratus tiru (copy-paste) .... yang disediakan tanpa sumber diberikan, yang tidak memberikan kredit kepada sumber asal.
Andai kata blog anda terciri dalam apa yang mereka tidak suka ini, maka berhati-hatilah ... jangan jadi mangsa penggodam New Anonymous ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan