Jumaat, 15 Februari 2013

Kerajaan sentiasa bantu ringan beban rakyat: Muhyiddin






KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian subsidi, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemantauan harga barang keperluan harian membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha untuk membantu rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pelbagai usaha sudah dilaksanakan termasuk pemberian subsidi gula, bahan api dan mengawal harga barang ketika musim perayaan.
"Kita sentiasa memikirkan bagaimana hendak meringankan beban rakyat. Kita tidak mahu rakyat kita hidup susah," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan BR1M 2.0 kepada 2,798 penduduk bujang di Parlimen Segambut, di sini, hari ini.



BH

0 ulasan: