EMMA mengaku dia dan Zizan ada berhubung menerusi telefon. |
SELEPAS hubungan pelakon Emma Maembong dengan kekasihnya putus beberapa bulan lalu, kini dia mula dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa orang lelaki.
Sebelum ini, Emma pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Johan
Asa’ri gara-gara kemesraan yang ditampilkan mereka berdua semasa siri
jelajah Anugerah Bintang Popular di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.
Setelah reda dengan gosip tersebut, kini pelakon berdarah kacukan
Melayu-Scotland itu didakwa pula mempunyai hubungan istimewa dengan
Zizan Razak.
Kisah tersebut timbul apabila Zizan memberitahu dia sudah mempunyai kekasih tanpa mendedahkan identiti kekasihnya itu.
Nama Emma tiba-tiba dikaitkan dengan Zizan selepas pelakon baharu itu hadir pada majlis sambutan ulang tahunnya baru-baru ini.
Memperkuatkan dakwaan tersebut apabila ibu Zizan, Anai Ibrahim
mendedahkan bahawa Emma pernah datang ke rumahnya di Terengganu sewaktu
menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri dua tahun lalu.
Untuk mendapatkan kepastian tentang perkara tersebut, Kosmo! cuba
mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada kedua-dua pelakon
berkenaan.
Kosmo!: Adakah benar Emma pernah datang ke rumah Zizan dua tahun lalu semasa Aidilfitri?
EMMA: Ya, saya mengaku perkara tersebut memang benar dan saya datang
bersama ahli keluarga yang lain. Ketika itu kami sekeluarga pulang
bercuti ke Terengganu dan mengambil kesempatan datang ke rumahnya.
Bagaimanakah anda boleh mengenali Zizan, sedangkan pada masa itu anda belum lagi terbabit dalam bidang lakonan?
Sebenarnya, saya kenal Zizan menerusi kakak saya yang memang
mengenali ramai pelakon dan dia juga individu yang bertanggungjawab
membawa saya berkecimpung sebagai seorang pelakon. Secara kebetulan
kakak saya memang mengenali Zizan dan sebab itu dia mengajak kami
sekeluarga untuk datang ke rumahnya sempena rumah terbuka Aidilfitri.
Sejauh manakah hubungan yang terjalin antara anda dan Zizan selepas itu?
Apa yang boleh saya katakan memang selama ini kami berkawan dan
mengenalinya sejak saya belum bergelar pelakon lagi, tetapi tidaklah
terlalu rapat memandangkan dia selalu sibuk dengan kerja, manakala saya
pula sibuk mengikut ayah ke pameran lukisan. Sesekali, kami ada
berhubung menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk
bertanya khabar. Kami amat jarang berjumpa sehinggalah saya terbabit
dalam dunia lakonan.
Adakah anda tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap Zizan sepanjang mengenalinya?
Tentang perasaan cinta itu memang langsung tidak ada kerana sebelum
ini saya sudah mempunyai kekasih dan hubungan kami pun baru berakhir
kira-kira dua bulan lalu. Lagipun sekarang ini saya sudah bernaung di
bawah syarikat pengurusan miliknya iaitu Wire Fame Entertainment. Jadi,
saya perlu menghormati Zizan sebagai seorang bos.
Apakah projek terbaharu anda sekarang?
Ketika ini saya sedang sibuk menjalani penggambaran filem sulung
lakonan saya yang diarahkan oleh Mamat Khalid iaitu Werewolf Dari
Bangladesh bersama beberapa pelakon lain seperti Usop Wilcha dan Zizan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2ReA503Ah
Hakcipta terpelihara
Hakcipta terpelihara
4 ulasan:
alhamdulillah. ada can lagi la aku mcm ni. wakakaka
Hahhaha, de can nk g ngorak ke cim...
Hihi, yea cik kak kn... same2 xde masalah kan.. bilalah tue..
emma maembong my love~~~ muahaha..=P
5 jenis roommate yang akan anda temui
http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/5-jenis-roommate-yang-mungkin-anda.html
Catat Ulasan