Sabtu, 4 Mei 2013

Jehan Miskin Sah Bergelar Suami dari Wanita Negara Korea

 


 

Dengan dua kali lafaz, pelakon Jehan Miskin sah bergelar suami kepada wanita Korea, Julie Camelia Rhee pada petang Sabtu. Majlis pernikahan mereka diadakan di Carcosa Seri Negara kira-kira pukul 2.40 petang sebentar tadi.

jehan_1

Pasangan tersebut diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Mohd Sahirman Ahmad. Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai berserta tiga dulang hantaran berupa beg tangan jenama Braun Buffel, komputer riba Apple dan set mandian.
Manakala Jehan menerima tiga dulang hantaran berupa beg bimbit jenama Braun Buffel, pen Cross dan Ipad Mini. Antara selebriti yang hadir ialah Azura Zainal, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp.

hantaran_1


Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang. Pada majlis tersebut, Jehan mengenakan sut tajaan Bon Zainal manakala isterinya menyarung gaun tajaan Zaterra dan Celest Thoi.

 
Enhanced by Zemanta

Related Posts:

  • Jehan Miskin Sah Bergelar Suami dari Wanita Negara Korea     Dengan dua kali lafaz, pelakon Jehan Miskin sah bergelar suami kepada wanita Korea, Julie Camelia Rhee pada petang Sabtu. Majlis pernikahan mereka diadakan di Carcosa Seri Negara kira-kira pukul 2… Read More
  • Di Dalam Kita Mencari Ertinya Cinta   Kita mengharap setiap mimpi indah menjadi satu realiti kehidupan kita.. Kita mendesak dan amat merasakan keinginan yang kuat dalam dakap dada untuk mencapai impian itu.. Namun sering saja kita kecunda… Read More
  • Kita Terima Pasangan Seadanya     Setiap pasangan yang tengah hangat bercinta sekarang nie ada impian untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang sah sehingga akhir hayatkan… rasanaya.. tapi.. korang cuba tanya diri korang.. kor… Read More

0 ulasan: