Isnin, 17 Oktober 2011

Mykad Baru Akan Digunakan Mulai Januari 2012




Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya
terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

“MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.

Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada
permukaan kad.

— Bernama

Related Posts:

  • 'MINI GIVEAWAY' Assalamualaikum ... syarat-syarat wajib follow blog yana buat entri 'MINI GIVEAWAY' tersebut dan link ke entry nieyh letakkan banner dlm entri  pemenang berdasarkan cabutan wajib follow dan like sponser2.. tar… Read More
  • Segmen header siapa paling awesome part 3 ASSALAMUALAIKUM INI HEADER SAYA Jom Join dan tinggalkan komen anda .. Klik Sini syarat senang je buat satu entry bertajuk Segmen header siapa paling awesome part 3 letak header koran… Read More
  • Senarai Link - Segmen Blogwalking, Follow dan Follow Back Sehingga akhir tahun 2013 atau sepanjang blog nie aktif  senang cerita tak ade tarikh luput.     Jom Ramai2 join    korang pun boleh la follow iema jugax kan ^^ mane yang koran… Read More
  • Segmen: Featured Me on Bubbly? Bloggies... may I catch your attention? ^_^... Segmen ni inspired by Kak Mia Liana sebab... saya gunakan coding HTML sahaja untuk uols join...macam Kak Mia buat... supaya mudah dan senang dan cepat...  Segm… Read More
  • Segmen Sabtu By Emas Putih Assalamualaikum ... Segmen Sabtu by Emas Putih  Click Banner!    Kepada yang berminat bolehlah klik banner di atas untuk join segmen ini. Bila senang-senang nanti bolehlah gunakan senarai peserta untuk… Read More

0 ulasan: