Isnin, 18 Februari 2013

Tips Nuffnang : Faktor Pemilihan Blog


Tips Nuffnang :  Buffered Earning / CPUV Nuffnang


Assalamualaikum wbt readers :)

Rasanya, ramai di kalangan blogger yang memasang iklan di blog masing-masing. Dan majoriti daripadanya bernaung dengan Nuffnang. Tak kira lah sama ada mereka itu blogger baru mahupun blogger lama. Namun, dalam banyak-banyak blogger yang memasang iklan Nuffnang di blog, berapa ramaikah yang dapat iklan Buffered Earning (CPUV)?

Mesti ada di kalangan kalian yang tertanya-tanya, kenapa sampai sekarang blog mereka tak dapat lagi BE? Sedangkan trafik ke blog yang mereka dapat mencecah seribu kunjungan sehari.

Jadi, hari nie Hakim nak kongsilah dengan kalian, apakah faktor-faktor yang diambil kira oleh pihak advertiser dalam memilih sesebuah blog untuk menjalankan iklan BE.

Status Keahlian
Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program Nuffnang untuk Bloggers yang paling setia dengan Nuffnang.

Pembaca berpadanan

Blog yang mempunyai pembaca berpadanan dengan iklan mereka. Itu memang sasaran utama mereka. Maksudnya di sini, kalau blog korang mostly banyak berkongsi tentang telekomunikasi, itu akan menarik minat pembaca yang suka info berkaitan telekomunikasi. So secara tidak langsung, pihak pengiklan berminat memilih blog korang untuk iklan CPM berkaitan telekomunikasi. Itu contoh saja ok.


Isi ruang Survey

Sebab itulah PENTINGnya bloggers mengisi dan mengemaskini ruang SURVEY. Ini kerana pihak pengiklan akan melihat survey yang telak diisi oleh bloggers untuk membuat pemilihan blog yang layak mendapat iklan CPM. Ruang Survey dan biodata bloggers ibarat RESUME nak cari kerja :). Mana-mana blog yang tidak mengisi dan mengemaskini ruang survey tidak akan diendahkan oleh pihak pengiklan.

Posisi iklan yang tepat
Pihak pengiklan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, korang hanya perlu meletakkan unit iklan pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, korang hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.


Keberkesanan unit iklan

Jika blog korang mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah. Tetapi, bergantung kepada bintang yang terdapat pada CTR.

Jika nasib menyebelahi korang, dan Pihak Pengiklan memilih korang untuk kempen CPM mereka, so peluang untuk korang mendapat beberapa angka di ruang "CPUV" adalah sangat cerah!

P/S So, Teruskan berblogging dengan ikhlas dan happy blogging ^_^

Credit toMieya Atiera

Related Posts:

  • Tips untuk nikah cepat Tips untuk nikah cepat Siapakah tidak mahu menikah cepat? Jika ada maka dia pasti ada masalah di dalam jiwanya yang perlu diselesaikan. Sesungguhnya setiap orang perlu bernikah kerana ia fitrah dan bahkan ia suda… Read More
  • Ingin Menghilangkan Bekas Jerawat Gunakan Tips ini Ingin Menghilangkan Bekas Jerawat - Banyak orang sering begelut dengan masalah bekas jerawat. Jerawat memang seringkali membuat orang pusing dan frustasi. Setelah bersusah paya dihilangkan, maka akan timbul masalah ba… Read More
  • 11 Tips Dalam Berpasangan 11 Tips Dalam Berpasangan Dibawah ini adalah tips dalam berpasangan yang kami dapat dari note di facebook rakan kami. 1. Beriman Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman an… Read More
  • Tips / Petua Menghilangkan Jerawat Cara Untuk Menghilang Jerawat Batu@Besar Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecilAmbil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas.. letakkan di jerawat itu, sebolehny… Read More
  • Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ..  Lelaki tidak sukakan wanita berjerawat. Semenjak dari dulu jerawat memang menjadi permasalahan utama bagi wanita. Rasanya masalah jerawat hadir pada muka memang tida… Read More

2 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

thanks for the sharing...nice sharing...

http://mhakimfaiz.blogspot.com berkata...

TQ2 farah ... ;-)