DESAS-desus bahawa pelakon Jehan Miskin bakal mendirikan rumahtangga di
sebuah hotel bertaraf lima bintang pada Sabtu ini dengan seorang gadis
Korea ternyata sahih.
Apatah lagi, aktor kelahiran
Pulau Pinang
yang berusia 34 tahun ini amat berhati-hati bila berbicara tentang
kehidupan peribadinya.
Selama beliau berkecimpung dalam dunia
seni lebih 10 tahun lalu, jarang-jarang Jehan dilanda kontroversi yang
membabitkan dirinya dengan mana-mana wanita. Dalam diam, hati Jehan
rupa-rupanya telah dimiliki wanita idamannya.
Menurut sumber terdekat, Jehan telah lama menjalin cinta dengan buah hatinya yang telah lama menetap di
Kuala Lumpur.
Apabila
dihubungi
Yahoo! Malaysia untuk beliau mengesahkan tentang berita baik
ini, Jehan ketawa dan berkata, “jujur saya tidak mahu berbicara tentang
perkahwinan ini kerana saya percaya pengumuman seumpama ini lebih manis
jika dibuat pada hari pernikahan itu sendiri.”
Tambahnya lagi, keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk
mengadakan majlis secara kecil-kecilan dan bakal dihadiri hanya lebih
kurang 100 jemputan termasuk keluarga dan kenalan rapat.
Bekas
ahli gimnas negara, Faiznur Miskin, yang merupakan kakak kepada pelakon
itu, dikhabarkan telah tiba dari Amerika Syarikat untuk memeriahkan
majlis perkahwinan adiknya.
“It’s going to be a very private
affair (ianya merupakan majlis kecil sahaja). Biarlah pengumuman itu
saya dan isteri buat bersama-sama selepas majlis itu nanti,” kata Jehan.
Sehari
selepas majlis perkahwinannya berlangsung, Jehan akan menjalankan
tanggungjawab untuk keluar mengundi di kawasan
Segambut.
Mengucapkan tahniah kepada Jehan yang akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya.