This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Memaparkan catatan dengan label Kuala Lumpur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Lumpur. Papar semua catatan

Ahad, 5 Mei 2013

Helikopter dinaiki Hishamuddin terbalik, Hishammuddin terselamat

 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, berkata kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tengah hari ini.

Beliau berkata helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.

"Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13.
 
 
 
Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga terselamat selepas helikopter yang mereka naiki terbalik akibat angin kencang di Pangkalan Udara TUDM, Sungai Besi. - Foto Bernama
https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/945522_521367311244913_1792336488_n.jpg
BERNAMA
Enhanced by Zemanta

Jumaat, 3 Mei 2013

Jehan Miskin tamatkan zaman bujang

 


DESAS-desus bahawa pelakon Jehan Miskin bakal mendirikan rumahtangga di sebuah hotel bertaraf lima bintang pada Sabtu ini dengan seorang gadis Korea ternyata sahih.

Apatah lagi, aktor kelahiran Pulau Pinang yang berusia 34 tahun ini amat berhati-hati bila berbicara tentang kehidupan peribadinya.

Selama beliau berkecimpung dalam dunia seni lebih 10 tahun lalu, jarang-jarang Jehan dilanda kontroversi yang membabitkan dirinya dengan mana-mana wanita. Dalam diam, hati Jehan rupa-rupanya telah dimiliki wanita idamannya.

Menurut sumber terdekat, Jehan telah lama menjalin cinta dengan buah hatinya yang telah lama menetap di Kuala Lumpur.

Apabila dihubungi Yahoo! Malaysia untuk beliau mengesahkan tentang berita baik ini, Jehan ketawa dan berkata, “jujur saya tidak mahu berbicara tentang perkahwinan ini kerana saya percaya pengumuman seumpama ini lebih manis jika dibuat pada hari pernikahan itu sendiri.”
 
 Tambahnya lagi, keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis  secara kecil-kecilan dan bakal dihadiri hanya lebih kurang 100 jemputan termasuk keluarga dan kenalan rapat.

Bekas ahli gimnas negara, Faiznur Miskin, yang merupakan kakak kepada pelakon itu, dikhabarkan telah tiba dari Amerika Syarikat untuk memeriahkan majlis perkahwinan adiknya.

“It’s going to be a very private affair (ianya merupakan majlis kecil sahaja). Biarlah pengumuman itu saya dan isteri buat bersama-sama selepas majlis itu nanti,” kata Jehan.

Sehari selepas majlis perkahwinannya berlangsung, Jehan akan menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi di kawasan Segambut.

Mengucapkan tahniah kepada Jehan yang akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya. 
 
 
 
Enhanced by Zemanta

Rabu, 1 Mei 2013

Bapa Saiful tarik balik permohonan maaf kepada Anwar

 

Bapa Saiful tarik balik permohonan maaf kepada Anwar, dakwa kes liwat bukan konspirasi..

 

Bapa kepada Saiful Bukhari hari ini membuat keputusan mengejut apabila menarik balik permohonan maafnya yang dibuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu, mendakwa beliau telah dipengaruhi pihak tertentu untuk bertindak sedemikian.


Pada 8 Mac lalu, Azlan Mohd Lazim (ayat) dalam satu sidang media tertutup telah meminta maaf kepada Anwar dan sekeluarga, mengakui kes liwat melibatkan anaknya adalah satu konspirasi politik.
“Saya hari ini ingin menarik balik permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ingin menegaskan kes liwat anak saya adalah benar.

“Ia bukan satu konspirasi politik,” kata Azlan dalam satu sidang media di Ibis Styles Hotel disini.
Keputusan Azlan,60, hari ini dibuat ketika pilihan raya semakin hampir pada 5 Mei ini, walau bagaimanapun bapa Saiful berkata ia adalah kebetulan dan dilakukan secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Saya tampil buat kenyataan hari ini adalah secara sukarela dan tidak dipaksa.
“Saya juga tidak ditawarkan sebarang ganjaran untuk menarik balik permohonan maaf ini,” tambahnya.

Azlan yang hadir seorang diri tanpa ditemani anaknya berkata telah membuat kesilapan dan sedar tindakannya tersebut tidak memberi sebarang manfaat.

“Setelah membuat penilaian dan berfikir semula, saya mengakui telah membuat kesilapan kerana meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar.

“Saya sudah sedar dan mahu meminta maaf kepada seluruh keluarga saya terutama anak saya Saiful,” kata Azlan lagi.

Apabila ditanya akan dituduh sebagai penipu oleh orang awam selepas ini, Azlan berkata rela menerima tohmahan sebegitu dan terpulang kepada orang ramai untuk berbuat sedemikian.
“Itu terpulang kepada orang ramai, saya tidak kisah,” kata Azlan.

Dalam pada itu, Azlan juga berkata akan keluar daripada PKR dan akan menghantar permohonannya kepada parti tersebut dalam masa terdekat.

“Selepas ini, saya akan hantar permohonan untuk keluar daripada PKR,” kata beliau.

Dalam pada itu, Azlan juga berkata anaknya Saiful telah dimaklumkan tentang sidang media hari ini dan menegaskan tidak mempunyai sebarang masalah ataupun bergaduh dengan anaknya.

Pada 8 Mac lalu, The Malaysian Insider melaporkan Azlan membuat keputusan mengejut apabila mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Anwar sebuah “konspirasi politik jahat” serta meminta maaf kepada pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sejurus selepas itu, Azlan pada 11 Mac dengan rasminya menghantar borang keahlian untuk menyertai PKR bagi bersama-sam parti tersebut untuk berkempen pada pilihan raya hari ini.

Sidang akhbar itu diaturkan oleh Ahli Majlis Tertinggi PKR Datuk Johari Abdul dan dikawal dengan ketat.

“Mungkin dia hadapi tekanan, daripada Umno dan juga ahli keluarganya sebab itu buat keputusan untuk tarik balik.

“Kenyataan beliau tidak memberi sebarang kesan, rakyat boleh menilai sendiri sama ada cakapnya benar atau tidak,” kata Johari apabila di hubungi oleh The Malaysian Insider.

Malah, Johari berkata bapa Saiful yang mencarinya untuk membuat kenyataan pada 8 Mac lalu dan tidak pernah memaksa Azlan untuk membuat sedemikian.

Bukan saya yang cari dia, tapi sebaliknya dia yang cari saya.

“Saya tidak pernah paksa dia, cuma mahu tolong. Tapi tiba-tiba dia tarik pula kenyataan itu hari ini,” tambah Johari.

Sementara Anwar yang ditemui di Selayang hari ini, enggan memberikan komen.

Kes liwat kedua Anwar bermula setelah  laporan polis dibuat oleh Saiful, bekas kakitangan beliau mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR tersebut.

Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Walau bagaimanapun, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat  yang dihadapi oleh beliau.

Namun, pada 20 Januari 2012 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful.

Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful akan didengar Julai ini.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.

  INFO YAHOO NEWS

Enhanced by Zemanta