This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Memaparkan catatan dengan label Zizan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zizan. Papar semua catatan

Sabtu, 27 April 2013

Emma, Zizan hanya kawan

 


Zizan, Emma hanya kawan. Itu lah kenyataan yang diperolehi menerusi laporan daripada naskhah Kosmo! Online. Untuk butiran lanjut, anda boleh teruskan pembacaan di bawah ini atau pun terus sahaja ke laman sesawang Kosmo! Online. Ini adalah kerana artikel di bawah ini hak milik sepenuhnya Kosmo! Online.


EMMA mengaku dia dan Zizan ada berhubung menerusi telefon.
EMMA mengaku dia dan Zizan ada berhubung menerusi telefon.
 

SELEPAS hubungan pelakon Emma Maembong dengan kekasihnya putus beberapa bulan lalu, kini dia mula dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa orang lelaki.

Sebelum ini, Emma pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Johan Asa’ri gara-gara kemesraan yang ditampilkan mereka berdua semasa siri jelajah Anugerah Bintang Popular di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Setelah reda dengan gosip tersebut, kini pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland itu didakwa pula mempunyai hubungan istimewa dengan Zizan Razak.

Kisah tersebut timbul apabila Zizan memberitahu dia sudah mempunyai kekasih tanpa mendedahkan identiti kekasihnya itu.

Nama Emma tiba-tiba dikaitkan dengan Zizan selepas pelakon baharu itu hadir pada majlis sambutan ulang tahunnya baru-baru ini.

Memperkuatkan dakwaan tersebut apabila ibu Zizan, Anai Ibrahim mendedahkan bahawa Emma pernah datang ke rumahnya di Terengganu sewaktu menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri dua tahun lalu.

Untuk mendapatkan kepastian tentang perkara tersebut, Kosmo! cuba mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada kedua-dua pelakon berkenaan.

Kosmo!: Adakah benar Emma pernah datang ke rumah Zizan dua tahun lalu semasa Aidilfitri?

EMMA: Ya, saya mengaku perkara tersebut memang benar dan saya datang bersama ahli keluarga yang lain. Ketika itu kami sekeluarga pulang bercuti ke Terengganu dan mengambil kesempatan datang ke rumahnya.

Bagaimanakah anda boleh mengenali Zizan, sedangkan pada masa itu anda belum lagi terbabit dalam bidang lakonan?

Sebenarnya, saya kenal Zizan menerusi kakak saya yang memang mengenali ramai pelakon dan dia juga individu yang bertanggungjawab membawa saya berkecimpung sebagai seorang pelakon. Secara kebetulan kakak saya memang mengenali Zizan dan sebab itu dia mengajak kami sekeluarga untuk datang ke rumahnya sempena rumah terbuka Aidilfitri.


Sejauh manakah hubungan yang terjalin antara anda dan Zizan selepas itu?

Apa yang boleh saya katakan memang selama ini kami berkawan dan mengenalinya sejak saya belum bergelar pelakon lagi, tetapi tidaklah terlalu rapat memandangkan dia selalu sibuk dengan kerja, manakala saya pula sibuk mengikut ayah ke pameran lukisan. Sesekali, kami ada berhubung menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bertanya khabar. Kami amat jarang berjumpa sehinggalah saya terbabit dalam dunia lakonan.

Adakah anda tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap Zizan sepanjang mengenalinya?

Tentang perasaan cinta itu memang langsung tidak ada kerana sebelum ini saya sudah mempunyai kekasih dan hubungan kami pun baru berakhir kira-kira dua bulan lalu. Lagipun sekarang ini saya sudah bernaung di bawah syarikat pengurusan miliknya iaitu Wire Fame Entertainment. Jadi, saya perlu menghormati Zizan sebagai seorang bos.

Apakah projek terbaharu anda sekarang?

Ketika ini saya sedang sibuk menjalani penggambaran filem sulung lakonan saya yang diarahkan oleh Mamat Khalid iaitu Werewolf Dari Bangladesh bersama beberapa pelakon lain seperti Usop Wilcha dan Zizan.