This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Memaparkan catatan dengan label Perasaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perasaan. Papar semua catatan

Rabu, 17 Mac 2010

HATI DAN PERASAAN

HATI DAN PERASAAN



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang
salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana
untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik
pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu
yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk
di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah
perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar
yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian
yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta
sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati
mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh
hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu
hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya
palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah
seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram. Carilah yang
membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam
kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga
anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan
sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke
mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu
peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan
diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda
kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah
seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda
bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki
segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam
hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang
terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan
manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula
dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu
yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan
dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan
kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling
anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda
mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling
anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda
peringatan anda pada mereka.

Wallahu A'lam.