This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Jumaat, 18 Jun 2010

Adab-Adab Sahabat Yang Terkhilaf : Cinta Kerana Allah


Assalamualaikum.... beberapa sahabat mengadu kerana anak-anak muda kini yang berilmu , separa ilmu malah yang mantik sahaja atas dasar logik kebanyakan bersedia bersama-sama Jemaah Islam , terutamanya Jemaah Anak Muda yang berkobar-kobar mendukung perjuangan Islam supaya mekar di Malaysia terutamanya PAS.Tidak dinafikan atas semangat ini , pelbagai cabang ilmu diruntun dan dituntut agar boleh ianya digunakan menjadi pendinding diri dan senjata ilmu untuk menghadapi musuh-musuh islam.

Anak -Anak muda begini patut diraikan , kerana kita berasa amat kagum! , diantara sahabat-sahabat mereka yang mengatakan "hidup hanya sekali...so marilah enjoy!" , tetapi mereka sanggup mengorbankan masa mereka untuk Islam..semata2 kerana Islam.

Namun, Sebagai manusia yang bukan maksum , Anak-Anak muda tidak terlepas dari sifat azali seperti Berani , Bersemangat , Berfikiran kritis , Darah panas , sifat bersaing yang tinggi , tubuh badan yang gagah dan lain2 yang sinonim dengan mereka.

Sebagai menasihati diri sendiri , walau apapun lapangan Sahabat2 ketika ini , marilah kita kembali kepada asal-usul ilmu yang kembali kepada titik penemuan , yang disepakati oleh Jumhur Ulama' pelbagai bidang untuk kita dalami...ada diantara kita , ada yang terkhilaf....

Ini adalah penjelasan yang agak panjang...dan jika sahabat2 bersabar , maka ia adalah penjelasan yang amat ringkas dari ilmuan yang membincangkan perkara ini sudah lama dahulu , dan ianya nampak adil jika hendak menyaingi nota-nota , komen-komen dan ulasan-ulasan yang panjang berjela di dalam fb , blog dan forum yag memakan masa bertahun-tahun untuk mencari titik pertemuan,,,dan ana hanya memerhati......pada ketika ini barulah terbuka untuk berpesan-pesan kepada diri ana sendiri....

SEBAB-SEBAB BERLAKU KHILAF

Sebelum kita bincangkan adab-adab berbeza pendapat secara panjang lebar, adalah lebih baik di sini saya nyatakan dahulu secara ringkas beberapa perkara yang boleh menyebabkan berlakunya khilaf di kalangan para ulama. Berikut disebutkan tujuh sebab kenapakah berlakunya khilaf sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di dalam kertas kerjanya bertajuk Perbezaan Pendapat di Kalangan Mazhab :

- Perbezaan Fahaman Dan Akalan Serta Kemampuan Dalam Menghasilkan Ilmu.

- Perbezaan Dalam Penguasaan Ilmu.

- Perbezaan Dalam Penguasaan Ilmu Bahasa Arab.


- Khilaf Dalam Masalah Berhujah Dengan Sumber-Sumber Fiqh.

- Khilaf Pada Kaedah-Kaedah Usuliyyah.

- Khilaf Tentang Qiraat Dalam al-Quran al-Karim.


- Khilaf Dengan Sebab Bertentangan Dalil-Dalil.

ADAB-ADAB MENGHADAPI KHILAF

Islam amat menyeru umatnya supaya mengamalkan segala adab-adab yang telah dijelaskan dan diterangkan oleh al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. melalui lidah-lidah para ulama. Adab-adab tersebut untuk memastikan agar kehidupan manusia berada di dalam keadaan aman dan harmoni. Semua adab-adab adalah untuk mencantikkan segala amalan yang ingin dilakukan manusia. Setiap amalan akan lebih bermakna sekiranya dihiasi dengan adab-adab yang indah. Berikut di antara kata-kata ulama yang boleh kita jadikan teladan:

Berkata Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah:

Imam Qurafi berkata di dalam kitabnya al-Furuq: Ketahuilah sesungguhnya dengan mengamalkan sedikit adab-adab Islam lebih baik daripada memperbanyakkan amalan.

(Kitab: Min Adab al-Islam).

Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Fathi:

Ibnu Mubarak berkata: Aku mempelajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun dan adalah mereka (para ulama) mempelajari adab kemudian barulah mempelajari ilmu.

(Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).

Berkata Imam Nawawi:

Imam Shafie berkata: Sesiapa yang ingin dibukakan hatinya oleh Allah Taala maka hendaklah ia berkhalwat, sedikit makan, manjauhi daripada bergaul dengan orang bodoh dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan orang yang berilmu.

(Kitab: al-Majmuk Syarah Muhazzab).

Memandangkan betapa pentingnya akhlak dan adab di dalam Islam, maka di sini saya senaraikan beberapa adab-adab (sebenarnya banyak lagi) yang perlu ada di kalangan umat Islam hari ini bagi menghadapi isu-isu khilaf. Jika kita dapat menjaga adab-adab ini, insyaAllah segala isu khilaf ini dapat ditangani dengan baik dan harmoni. Berikut di antara adab-adab berbeza pendapat:

Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah S.A.W. Sebagai Panduan

Berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan perkara yang diperselisihkan kepada al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. adalah sebaik-baik perkara yang perlu diberikan perhatian. Ini kerana al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. merupakan pegangan dan panduan utama umat Islam di dalam semua perkara. Inipati daripada al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. inilah dijadikan kayu pengukur kepada sesuatu kebenaran ataupun kebatilan di dalam menghadapi perbezaan pendapat. Para ulama pula berperanan menjelaskan maksud serta bertanggungjawab memberikan kefahaman daripada dalil-dalil al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. kepada masyarakat Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah Taala dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W. dan kepada ulil amri daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantahan (berselisihan) di dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah Taala (al-Quran al-Karim) dan (as-Sunnah S.A.W.) rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah Taala dan Hari Akhirat. Demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

(Surah an-Nisa: Ayat 59).

Ikhlas

Berkata Imam Abu al-Qasim al-Qusyairi:

Ikhlas ialah mengesakan al-Haq Allah Taala di dalam ketaatan beserta niat. Apa yang dikehendaki dengan ketaatan kepada Allah Taala ialah taqarrub kepadaNya tanpa sebarang benda lain seperti sifat menunjuk-nunjuk kepada makhluk, untuk mendapat pujian manusia, suka kepada pujian makhluk atau apa sahaja maksud yang selain taqarrub kepada Allah Taala.

(Kitab: al-Risalah al-Qusyairiyah).

Perbicaraan persoalan ikhlas ini sudah pastilah berkaitan rapat dengan perbahasan niat di dalam hati.Imam Nawawi meletakkan persoalan dan penjelasan niat (hadis riwayat Bukhari dan Muslim) pada permulaan bab kitabnya al-Arbain al-Nawawiyah yang menunjukkan betapa pentingnya niat di sisi Islam. Rasulullah S.A.W. juga telah mengingatkan kita betapa pentingnya menjaga hati beserta niat apabila kita terlibat secara langsung di dalam perbahasan khilaf ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Barangsiapa yang mencari ilmu untuk menandingi ulama atau mengalahkan orang-orang yang jahil atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya maka orang itu akan dimasukkan oleh Allah Taala ke dalam api neraka.

(Riwayat Tarmizi).

Mungkin ada di kalangan kita sengaja membangkitkan isu-isu khilafiyyah hanyalah bertujuan untuk bersaing dan menandingi dengan para ulama terdahulu dan masa kini di pentas masyarakat awam. Mungkin juga dengan tindakan itu mereka boleh dilihat sebagai seorang yang hebat ilmunya berbanding dengan orang lain sekaligus dapat mencuri tumpuan dan perhatian media massa dan orang ramai kepada kata-katanya. Jika inilah tujuan perdebatan dan perbahasannya maka begitu jugalah habuan dunia bakal diperolehi mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya Allah Taala tidak melihat kepada tubuh badanmu dan tidak pula kepada rupa parasmu akan tetapi Dia melihat kepada hatimu.

(Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sekecil manapun sifat riyak itu adalah kemusyrikan.

(Riwayat al-Hakim).

Tawadhuk

Tawadhuk di dalam topik ini boleh diertikan sebagai menyerah diri kepada kebenaran dan meninggalkan perbalahan yang tidak berkesudahan tentang sesuatu hukum-hakam itu. Setiap manusia perlu merasa rendah diri kerana sedar akan hakikat kelemahan dan kekurangan hamba yang tidak layak sama sekali bersifat angkuh dan bongkak. Sifat ini hanyalah layak bagi Allah Taala sahaja. Adapun tawadhuk adalah lawan kepada sifat takabbur.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya setitik zarah takabbur.

(Riwayat Muslim dan Tarmizi).

Kita perlu menjaga dan mengelakkan diri dari bersikap takabbur dan angkuh terutamanya ketika berhadapan dengan isu-isu khilaf para ulama. Memandang orang lain dengan sebelah mata lantaran merasakan diri begitu hebat adalah di antara alamat takabbur. Rendahkanlah diri terlebih dahulu sebelum terlibat dengan segala perbahasan khilaf.

Di dalam kitab Rasail al-Aimmah al-Salaf Wa Adabihim al-Ilmi karangan Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah telah menukilkan satu kisah berkenaan Imam Ubaidillah al-Hassan al-Anbari yang ditegur (untuk membetulkan kesilapannya) oleh seorang muridnya. Setelah membetulkan kesilapannya maka Imam Ubaidillah berkata:

Jika aku membetulkan kesalahanku, aku akan kelihatan lekeh. Namun aku lebih rela kelihatan berdosa di dalam perkara yang hak (benar) berbanding berkeras kepala mempertahankan pandanganku walaupun aku telah mengetahui itu adalah batil (salah).

Meninggalkan Taasub

Meninggalkan taasub di sini bermaksud meninggalkan taasub pendapat sendiri, mazhab dan golongan serta tokoh tertentu sahaja tanpa diperhatikan pendapat dan pandangan orang lain. Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qarahawi telah menjelaskan di dalam kitabnya al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyruk Wa al-Tafarruq al-Mazmum:

Seseorang harus melepaskan dirinya daripada taasub terhadap pendapatnya sendiri. Ini disebabkan orang yang tidak dapat melepaskan diri daripada taasub ini akan sentiasa mempertahankan pendapatnya sendiri walaupun dia mengetahui pendapatnya salah dan lemah penjelasannya. Ia hanyalah ingin memenangkan hawa nafsunya, memandang rendah pendapat orang lain dan takut dituduh kurang kefahaman.

Sebagai seorang umat Islam yang tidak mampu untuk berijtihad maka selayaknyalah kita mengikut mana-mana pandangan dan ijtihad daripada imam-imam mazhab. Mazhab ini sebagai salah satu jalan keluar bagi golongan awam beramal dengan syariat Islam secara lebih berkesan. Namun terdapat segelintir umat Islam terutamanya masyarakat awam yang begitu taasub dengan mazhabnya lantas menyalahkan mazhab lain yang tidak secocok dengan mazhabnya. Ini merupakan satu fanomena tidak sihat yang perlu diberikan perhatian oleh setiap alim ulama setempat.

Terdapat juga segelintir dari kalangan umat Islam yang begitu taasub dengan golongan dan tokoh tertentu lantas bertindak merendah-rendah dan memperlekehkan pandangan dan pendapat lain yang tidak sealiran dengan pendapat golongan dan tokoh mereka. Jika masalah ini tidak ditangani dengan bijaksana dan adab-adab maka sudah pastilah akan berlaku perbalahan dan pergaduhan yang tidak mendatangkan nilai tambah kepada Islam. Mereka mengajak orang lain untuk tidak taasub dengan pandangan tokoh lain, namun di dalam masa yang sama mereka tidak melarang orang lain untuk bertaasub kepada mereka. Jadilah mereka juga seorang taasub!

Berkata Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi:

Anehnya mereka mengecam para pengikut mazhab kerana bertaklid kepada para imamnya sementara mereka sendiri menuntut semua orang agar bertaklid dan mengikut mereka.

(Kitab: al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Ikhtilaf al-Masyruk Wa al-Tafarruq al-Mazmum).

Berlapang Dada

Berlapang dada telah menjadi amalan di kalangan para ulama Salaf ketika berhadapan dengan khilaf sesama mereka. Walaupun terdapat banyak percanggahan pandangan, namun mereka tetap saling hormat-menghormati di antara satu sama lain dan tidak menyebabkan ikatan perpaduan terlerai. Mereka mempunyai nilai akhlak dan adab yang tinggi selaras dengan tuntutan mendalami ilmu Tasawuf.

Berkata Syeikh Muhammad Awwamah di antara pendirian para ulama ialah:

Mazhab kami betul yang berkemungkinan ada salahnya dan mazhab selain kami salah yang kemungkinan ada betulnya.

(Kitab: Adab al-Ikhtilaf).

Berkata Imam Ahmad ketikamana ditanyakan perihal Imam Ishak:

Tidak dapat tergambar bagaimana di bumi Khurasan ini terdapat seorang tokoh seperti Ishak walaupun dia telah bersalahan pendapat dengan kami di dalam beberapa perkara. Sesungguhnya manusia sentiasa berselisih pendapat sesama mereka.

(Kitab: Risalah al-Ulfah baina al-Muslimin).

Jika diperhatikan dua contoh di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa betapa indahnya akhlak dan adab para ulama yang ditunjukkan oleh mereka kepada kita ketikamana menghadapi perbahasan khilaf ini. Namun pada masa kini terdapat sesetengah golongan yang gagal mengamalkan konsep berlapang dada lantas berasa sangat taajub dengan pandangan dan pendapat sendiri. Mereka mungkin berpegang dan beranggapan bahawa pandangan mereka sahaja sentiasa betul dan benar yang tidak mungkin salah dan pandangan orang lain sentiasa salah yang tidak mungkin ada benarnya. Bahkan mereka terlalu melampau dengan melemparkan pelbagai perkataan seperti bidaah, khurafat, sesat, kafir dan sebaginya lagi walaupun di dalam isu-isu khilafiyyah. Mereka juga tidak meraikan keadaan semasa dan setempat (Fiqh Waqi)!

Berprasangka Baik

Di antara akhlak asas yang penting di dalam pergaulan dan perhubungan sesama umat Islam ialah berprasangka baik kepada orang lain disertakan dengan tidak boleh didasari prinsip suka memuji diri sendiri dan menyalahkan orang lain. Islam melarang kita memuji-muji diri sendiri dikuatiri mendatangkan perasaan riyak dan takabbur dengan pandangan dan pendapat sendiri.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia menciptakan kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian di dalam perut ibu kamu maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.

(Surah an-Najm: Ayat 32).

Prasangka buruk merupakan perangai jahat yang dikecam oleh al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W. dan merupakan tegahan kepada umat Islam. Pada dasarnya kita haruslah menempatkan seseorang Islam itu sebagai orang yang soleh lagi baik dan tidak berprasangka buruk kepadanya kecuali dengan kebaikkan sahaja. Walaupun nampak sedikit kelemahannya, demi untuk memenangkan kebaikkan di atas keburukan, maka selalulah beranggapan baik sesama Islam. Sikap dan akhlak ini lebih-lebih dituntut jika berhadapan dengan khilaf dan kesalahan ijtihad para ulama.

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.

(Surah al-Hujuraat: Ayat 12).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Jauhilah prasangka (buruk) kerana sesugguhnya prasangka (buruk) itu merupakan percakapan yang paling dusta.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Di dalam perbahasan dan perbincangan perkara-perkara khilaf, anggaplah pendapat orang lain juga turut melalui analisis dan kajian yang mendalam dan mempunyai dalil-dalil yang boleh disabitkan walaupun kita tidak pernah menjumpainya. Berbaik sangka dengan menganggap kefahaman mereka berdasarkan disiplin ilmu dan kaedah-kaedah yang betul dan mempunyai niat ikhlas sepertimana kita juga. Jangan sesekali memperlekeh atau menghina pendapat ulama lain dengan sengaja menimbulkan pertikaan dan perbalahan yang tidak ada kesudahannya.

Tepislah bisikan syaitan yang menyuruh kita berburuk sangka sesama umat Islam. Peringatan ini juga perlu diberikan perhatian yang lebih serius apabila berinteraksi dengan pandangan dan pendapat ulama muktabar yang lebih khusus dan tinggi kedudukannya berbanding dengan golongan awam yang bersifat umum. Peranan ulama hanyalah sebagai pewaris Rasulullah S.A.W. dan mereka benar-benar amanah di dalam mewariskan segala keilmuan mereka.

Berusaha Menyatukan Pendapat

Mencuba sedaya-upaya yang mungkin untuk mengindari permasalahan-permasalahan khilafiyyah yang boleh mendatangkan fitnah kepada golongan awam. Berpegang teguhlah dengan etika perbincangan dan hindarkan diri dari perdebatan dan perbalahan yang tidak menguntungkan Islam. Kita juga perlu berusaha untuk menyatukan pendapat yang pelbagai sekiranya ia boleh disatukan dengan didasari akhlak dan adab Islam. Ini kerana tugas menyatukan umat supaya tidak berlaku perpecahan adalah tanggungjawab bersama.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang beriman disatukan dan tiada kebaikkan bagi sesiapa yang tidak bersatu dan yang tidak disatukan.

(Riwayat Ahmad).

Memahami Konsep Perdebatan

Di dalam kitab Risalah al-Mustarsyidin menceritakan perihal seorang lelaki yang datang kepada sesetengah daripada hukamak, lelaki tersebut berkata: Aku ingin berjidal (berdebat) dengan kamu. Hukamak tersebut menjawab: Kamu boleh berdebat dengan aku sekiranya kamu menepati sepuluh syarat ini:

01. Jangan marah.

02. Tidak cuba mencari masalah.

03. Jangan kamu berbangga.

04. Jangan kamu menghukum.

05. Jangan ketawa.

06. Jangan menjadikan dakwaan kamu sebagai dalil.

07. Apabila kamu mendatangkan dalil, tujuan daripada perkara tersebut ialah untuk mencari kebenaran.

08. Apabila kamu menggunakan akal, gunakanlah ia sebagai untuk menerangkan sesuatu.

09. Hendaklah kamu menjadikan kebenaran itu barang yang berharga untuk umat Islam. Ambillah di mana kamu temuinya. Bukan kemenangan sebagai tujuan utama.

10. Janganlah kamu berpaling kepada orang lain kerana aku sedang bercakap dengan kamu.

BEBERAPA PENGAJARAN PENTING

Berikut saya bawakan beberapa contoh akhlak dan adab-adab yang ditunjukkan oleh para ulama ketikama berinteraksi dengan perkara khilafiyyah:

Kisah Imam Shafie

Kisah ini dinukilkan oleh Imam Syarani yang telah menceritakan bahawa Imam Shafie tidak membaca doa qunut subuh ketika menziarahi kubur Imam Hanafi. Apabila ditanyakan kepada Imam Shafie mengapakah beliau tidak membaca doa qunut, lantas Imam Shafie menjawabnya seperti berikut:

Bagaimana aku boleh membaca qunut sedangkan tuan imam (Imam Hanafi yang menghuni kubur tersebut) tidak berpendapat sedemikian (perlu membaca qunut ketika subuh). Imam Syarani berpandangan: Sesungguhnya perbuatan tersebut adalah adab terhadap imam-imam mujtahidin, beliau beradab dengan saudaranya samalah dengan beliau beradab dengan Rasulullah S.A.W. dan pengikut syariatnya.

(Kitab: al-Mazahib al-Fiqhiyyah al-Islamiyyah Wa al-Taasub al-Mazhabi).

Kisah Imam Hanbali

Ali bin Musa al-Haddad menukilkan satu kisah berkenaan Imam Ahmad bin Hanbal katanya: Suatu hari aku bersama Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Muhammad bin Qudamah ketika menghadiri upacara pengkebumian. Setelah ditanam jenazah, kami mendapati seoarang lelaki buta duduk membacakan (al-Quran al-Karim dan zikir) di sisi kubur. Maka berkata Imam Ahmad kepada lelaki buta tersebut: Sesungguhnya membaca (al-Quran al-Karim dan zikir) di sisi kubur adalah bidaah. Setelah kami keluar dari tanah perkuburan, berkata Imam Muhammad bin Qudamah kepada Imam Ahmad: Wahai Abu Abdullah (gelaran bagi Imam Hanbali), apa pandangan engkau tentang Mubassyir al-Halabi? Imam Ahmad menjawab: Dia seorang yang dipercayai riwayatnya. Ditanya lagi (oleh Imam Muhammad bin Qudamah): Adakah engkau pernah menulis sesuatu tentangnya? Imam Ahmad membalas: Ya. Lantas Imam Muhammad berkata: Sesungguhnya aku dikhabarkan daripada Abdul Rahman bin al-Ala bin al-Hajjaj dari bapanya bahawa Mubassyir berpesan apabila dia meninggal dunia bacalah di sisi kepalanya dengan permulaan surah al-Baqarah dan penutup surah tersebut. (Kata Imam Muhammad lagi) Ini kerana Mubassyir berkata: Aku telah mendengar Ibnu Umar berpesan sedemikian. Justeru berkata Imam Ahmad: Maka pergilah dan katakan kepada lelaki buta tadi tiada masalah untuk membaca (al-Quran al-Karim dan zikir-zikir di sisi kubur).

(Kitab: Adab al-Ikhtilafat al-Fiqhiyyah).

Kisah Imam Hassan al-Banna

Syeikh Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhawi ada menukilkan satu kisah di dalam kitabnya Fi al-Fiqh al-Awlawiyyat berkenaan suatu kisah yang pernah berlaku kepada as-Syahid Imam Hassan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan al-Muslimin di Mesir. Imam al-Banna mencatatkan dalam Muzakkiratnya tentang kisah beliau menyampaikan kuliah agama ketika beliau masih berumur dua puluhan tahun. Beliau menyampaikan kuliah tersebut antara waktu Maghrib dan Isyak di satu sudut di sebuah masjid kecil. Setelah sekian waktu, kuliah tersebut telah mendapat perhatian dan para hadirin yang hadir telah bertambah. Termasuk juga yang hadir adalah di kalangan mereka yang menyimpan sikap dan pendirian lama dalam masalah khilaf dan suka membangkitkan api perdebatan.


Sehingga pada suatu malam, Imam al-Banna merasakan terdapat satu kelainan terhadap hadirin yang hadir. Seolah-olah terdapat perbezaan kelompok di kalangan para pendengar termasuk tempat duduk mereka. Pada malam tersebut, belum sempat Imam al- Banna hendaklah memulakan kuliahnya, tiba-tiba beliau telah diajukan satu soalan berikut: Apakah pandangan ustaz tentang masalah tawassul? Maka Imam al-Banna menjawab: Wahai saudaraku, aku berpandangan engkau bukan bermaksud mahu bertanya tentang masalah ini sahaja, tetapi engkau juga mahu bertanya tentang selawat selepas azan, membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, lafaz siyadah Rasul dalam tasyahhud, bagaimana kedudukan ibu bapa Nabi SAW di akhirat, sampai atau tidak bacaan al-Quran al-Karim kepada si mati, adakah perkumpulan-perkumpulan yang dibina oleh ahli tariqat itu maksiat atau qurbah dan pelbagai masalah lagi.

Imam al-Banna sengaja menyenaraikan semua perkara-perkara khilaf tersebut yang telah menyalakan api fitnah sejak sekian lama sehingga membuatkan lelaki penyoal itu tersentak. Lalu lelaki itu menjawab: Ya, aku mahukan jawapan atas kesemua soalan itu! Lalu Imam al-Banna menjawab: Wahai saudaraku, aku bukanlah seorang alim, tetapi aku seorang guru bandar yang menghafaz sesetengah ayat al-Quran al-Karim dan sesetengah hadis Nabi S.A.W. dan mengetahui beberapa hukum-hakam agama setelah merujuk kepada kitab-kitab. Lalu aku menawarkan diri untuk mengajarkan ilmu itu kepada orang ramai. Maka sekiranya engkau bertanya kepadaku soalan yang terkeluar daripada apa yang aku ketahui maka engkau telah menyukarkan aku, sedangkan barangsiapa yang mengatakan aku tidak mengetahui dia juga telah berfatwa. Sekiranya engkau merasa puas dengan apa yang aku sampaikan, dan melihat padanya ada kebaikan, maka dengarilah ia. Sekiranya engkau ingin mengetahui lebih lanjut maka bertanyalah kepada para ulama yang pakar selainku. Mereka mampu memberi fatwa terhadap apa yang kamu mahukan. Adapun aku, maka inilah kadar ilmuku, sesungguhnya Allah Taala tidak memberatkan ke atas seseorang melainkan apa yang diusahakan.

Itulah jawapan Imam al-Banna kepada lelaki tersebut dan lelaki itu pada hakikatnya tidak mendapat apa-apa jawapan daripada al-Banna. Namun dengan ucapan Imam al-Banna itu para hadirin atau kebanyakan mereka merasa berpuas hati. Lalu dengan kesempatan yang ada Imam al-Banna meneruskan ucapannya dengan berkata: Wahai saudara-saudaraku, aku amat mengetahui bahawa saudara yang bertanya tadi, termasuk juga ramai di kalangan kalian, tidak bermaksud daripada soalan seumpama itu melainkan hanya ingin mengetahui, daripada kumpulan manakah pengajar baru ini? Adakah daripada kumpulan Syeikh Musa atau daripada kumpulan Syeikh Abdul Sami?! Sesungguhnya pengetahuan ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kamu, sedangkan kamu telah menghabiskan masa dalam keadaan fitnah selama lapan tahun dan cukuplah sekadar itu. Kesemua masalah-masalah itu telah diperselisihkan oleh umat Islam sejak ratusan tahun dan mereka masih terus berselisih pendapat sehingga ke hari ini, namun Allah Taala redha kepada kita untuk berkasih sayang dan bersatu padu serta membenci untuk kita berselisihan dan berpecah-belah. Maka aku ingin mengajak kamu semua berjanji dengan Allah Taala untuk meninggalkan semua perkara-perkara ini sekarang, dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari asas-asas agama dan kaedah-kaedahnya, beramal dengan akhlaknya, kelebihan-kelebihannya yang umum dan petunjuk-petunjuknya yang disepakati. Dan mendirikan segala kewajipan dan sunat serta meninggalkan sikap memberat-beratkan dan terlalu rigid supaya hati menjadi suci. Dan supaya menjadi tujuan kita semua hanya untuk mengetahui kebenaran, bukan hanya kerana sekadar mahu memenangkan satu pandangan. Ketika itu, kita mempelajari kesemua ini bersama dalam keadaan kasih sayang, kepercayaan, kesatuan dan keikhlasan. Aku berharap kamu terimalah pandanganku ini dan agar ia menjadi perjanjian sesama kita untuk berbuat demikian.

KESIMPULAN

Berkata Habib bin as-Syahid kepada anaknya: Wahai anakku, berkawanlah engkau dengan fukaha (orang alim), pelajarilah daripada mereka dan ambillah adab-adab yang baik daripada mereka kerana sesungguhnya yang demikian itu lebih disukai disisiku daripada banyak mempelajari hadis.

(Kitab: Mausuah al-Adab al-Islamiyyah).

Berkata Saidina Ali: Petunjuk sebaik-baik pemimpin, akhlak yang baik sebaik-baik teman, akal merupakan sebaik-baik sahabt dan adab sebaik-baik peninggalan.

(Kitab: al-Adab Islamiyyah Li an-Nasyiah).

Marilah kita bersama-sama mempelajari akhlak dan adab. Sesungguhnya akhlak dan adab ini akan menjaga diri kita daripada terjerumus ke dalam lembah kebinasaan dan kehancuran. Lebih-lebih lagi jika kita sangat inginkan perbahasan ilmu yang mempunyai khilaf padanya. Dengan mempelajari adab maka tenanglah hati menghadapinya.

Salah seorang hukamak berkata: Tiada kemuliaan bersama buruknya adab.

(Kitab: al-Adab Islamiyyah Li an-Nasyiah).

Usraj Jemaah Anak Muda @ Jemaah Anak Muda

Wallahualam.
Jemaah Anak Muda...Nama yang bangkit disetiap pelusuk negeri.
Ukhwah Islami global yang termaktub kasih sayang kerana Allah


Cintakan Islam dan cintakan ukhwah untuk islam

Rabu, 16 Jun 2010

KASIH SAYANG & BULAN KELAHIRAN


JANUARY

1. Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan
2. Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya di khianti
3. Sukar setia pada yang satu
4. Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya
5. Bersikap romantik tapi tidak pandai menunjukkannya
6. Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannnya tapi tidak kisah sekirannya pasangannnya cemburu terhadapnya
7. Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang
8. Pasangan ideal: MAC, JUN , OGOS & NOVEMBER

FEBRUARY

1. Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah mengkhianati pasangan
2. Amat hormat pada pasangan
3. Amat suka memikat pasangan
4. Jujur dan berterus terang dalam perhubungan
5. Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
6. Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran
7. Patuh kepada pasangannnya dan selalu menjaga hati pasangan
8. Kurang beremosi terhadap pasangannya
9. Amat menjaga penampilan diri
10. Pasangan ideal: MEI, SEPTEMBER, OKTOBER & DiSEMBER

MAC

1. mudah menawan hati pasangannya
2. Sentiasa ingin bersama pasangannya
3. Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
4. Sangat baik dalam menjaga hubungan
5. Amat sukar melupakan pasangan yang di cintai
6. Perasaan cemburu yang minimum
7. Sangat manja dan sering ingin di manjakan pasangannya
8. Mudah memilih pasangan tana berfikir waras
9. Sentiasa mengharap keistimewaan dari pasangan
10. Suka menuduh melulu tanpa usul periksa
11. Berprasangka terhadap pasangan
12. Pasangan ideal: JANUARI, MEI, OKTOBER & DISEMBER

APRIL

1. Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan
2. Selalu memendam perasaan terhadap individu
3. Sukar dan malu dan maluahkan isi hati
4. Sentiasa ingin diberi perhatian
5. Amat cemburu dalam perhubungan
6. Setia
7. Emosi cepat terusik dan mudah terluka
8. Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk
9. Romantik
10. Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai
11. Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
12. Pasangan ideal: APRIL, JULAI, NOVEMBER, DISEMBER

MEI

1. Amat mudah jatuh cinta
2. baik dan jujur dalam perubungan
3. pandai menarik hati pasangan
4. Perasaan cinta yang mendalam
5. Mudah untuk dipujuk
6. Kurang suka untuk sentiasa bersama
7. Mudah menerima cinta seseorang.
8. pandai mengatur hidup pasangan.
9. Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
10. Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tidak pandai memperlihatkan
11. Ambik berat dalam menjaga hubungan
12. Pasangan ideal: JUN, SEPTEMBER, OKTOBER & NOVEMBER

JUN

1. Amat pandai menjaga hati pasangan sekirannya dia perempuan
2. Sukar melukai dan memahami hati pasangan
3. Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih
4. Cerewet dalam hubungan
5. Mudah merajuk dan mudah dipujuk
6. Cepat rasa bosan dalam percintaan
7. Kurang yakin dalam perhubungan
8. Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang
9. Elok untuk menjadi ibu yang baik
10. Dahagakan pujian dari pasangan
11. Pasangan ideal: JANUARI, MAC, MEI & OGOS

JULAI

1. Amat suka didampingi pasangan.
2. Sukar di mengertai oleh pasangan
3. Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
4. Amat mudah dipujuk dan berterus terang
5. Amat menghargai kesetiaan pasangan
6. Suka merajuk dan dipujuk
7. Setia terhadap pasangan
8. Suka mendengar dan tidak suka membantah
9. Cemburu tehadap pasangan
10. Suka menilai dan menjaga hubungan
11. Pasangan ideal: APRIL, JUN & JULAI

OGOS

1. Tidak serius dalam perhubungan
2. Mengambil mudah dalam perhubungan
3. kesetiaan di ragui
4. pandai memujuk pasangan
5. Suka memimpin pasangan
6, Romantik, pengasih dan penyayang
7. Kelam kabut dalam perhubungan
8. Sering bertukar pasangan
9. Sukar mencari pilihan yang tepat
10. Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minimum
11. Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan
12. pasangan ideal: JANURI, JUN, OKTOBER & DISEMBER

SEPTEMBER

1. Berso[an dalam hubungan
2. Bertolak ansur terhadap pasangan
3. Suka mengkritik pasangan
4. Sangat prihatin terhadap pasangan
5. Sangat sensitif dan emosi
6. pandai memahami pasangan
7. Sangat sensitif dan emosi
8. pandai memahami pasangan
9. Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
10. amat memilih pasangan
11. Sukar melupakan sekiranya hati terluka
12. Mudah simpati dengan erasaan dan masalah pasangan
13. pasangan ideal: MAC, JUN, OGOS, NOVEMBER

OKTOBER

1. Amat suka berkomunikasi dengan pasangan
2. Suka di sayangi dan menyayangi pasangan
3. Sopan terhadap pasangan
4. jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan
5. Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya
6. Sukar menerima pandangan pasangan
7. Emosi yang mudah terusik
8. Pengasih, penyayang terhadap pasangan
9. Cemburu dan terlalu cemburu
10. Romantik
11. Memahami pasangan
12. pasangan ideal: JANUARI, FENRUARI, APRIL, MEI, OGOS, SEPTEMBER, OKTOBER, DISEMBER

NOVEMBER

1. Banyak helah dalam menghadapi pasangan
2. Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan
3. Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa
4. Degil dan ingkar dengan pasangan
5. Tidak suka dikongkong oleh pasangan
6. mudah ambik berat terhadap pasangan
7. Tidak menghargai perhubungan
8. Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung
9. perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan
10. Kurang menghargai pasangan dan hal-hal cinta
11. pasangan ideal: APRIL & JULAI

DISEMBER

1. pemurah terhadap perhubungan
2. Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama
3. Tergesa-gesa dalam perhubungan
4. Suka di dampingi oleh pasangan
5. Benci dikongkong
6. Suka mempengaruhi pasangan
7. Kurang berkerjasama dengan pasangan
8. Sealu cuba untuk mencari pasangan yang baru
9. Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan
10. pasangan ideal: MAC, SEPTEMBER, NOVEMBER & DISEMBER

ADE SESETENGAH BOLEH DI PERCAYA & SESETENGAH TIDAK BOLEH... :)

Rahsia Tarikh Lahir Pasangan Anda


1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara

Jumaat, 9 April 2010

Jodoh Tidak Datang Bergolek ~Siri 3~

KHIDMAT ORANG TENGAH

Itulah secebis kenangan, kisah bagaimana saya bertemu jodoh dengan Ummu Saif.

Peranan Ustaz Wan dan Dr. Faiz serta isteri masing-masing, sinonim dengan fungsi Nafisah binti Umayyah, yang menjadi orang tengah di antara Khadijah bint Khuwailid dan Muhammad bin Abdillah sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketika Khadijah melamar baginda.

Tindakan Khadijah mewakilkan Nafisah untuk merisik dan seterusnya menyatakan hasratnya mengambil Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai suami, adalah suatu aturan prosedur mencari jodoh yang terkandung di dalamnya hikmah yang besar.

1081

Peranan orang tengah inilah yang harus diberikan perhatian oleh para muslimin dan muslimat hari ini dalam ikhtiar mereka mencari jodoh. Sama ada orang tengah itu merupakan ibu bapa mereka sendiri, atau pun individu-induvidu yang diyakini sifat amanah dan kewibawaannya, mereka bisa mengusahakan urusan mencari jodoh ini.

Malah jika peranan orang tengah ini diinstitusikan di bawah unit-unit secara sistematik, ia adalah lebih baik dan bermanfaat. Bagi gerakan-gerakan Islam dan kumpulan dakwah yang menghimpunkan sekelompok besar ahli yang sepemikiran dan memegang nilai serta pandangan hidup yang sama, proses untuk mencari jodoh yang diinstitusikan di bawah Unit Bait Muslim, adalah suatu tradisi zaman berzaman yang amat berguna.

Peranan Unit Bait Muslim ini bukanlah untuk memaksakan jodoh sesama pengikut! Malah jika ada pemaksaan berlaku di mana-mana ia adalah kepincangan mereka sendiri, biar atas nama apa sekali pun ia. Unit Bait Muslim ini amat tipis perbezaan di antara buruk dan baiknya. Ia amat bergantung kepada persepsi atau cara memandang seseorang. Apabila fungsi Unit Bait Muslim disanggah dengan perkataan sedemikian rupa, maka jadilah ia sebagai sesuatu yang dipandang serong dan negatif oleh golongan yang mendengar di atas angin.

Akan tetapi peranan Unit Bait Muslim ini adalah sebagai ikhtiar yang syar’ie untuk golongan yang tidak berdating ini bertemu jodoh. Konotasinya adalah USAHA dan PERANAN ORANG TENGAH.

Khidmat orang tengah dapat mencegah keaiban daripada berlaku. Ia juga boleh menjaga maruah kesemua pihak yang terbabit. Sama ada pihak tengah ini berkhidmat secara individu, atau secara berorganisasi, ia adalah wasilah mengusahakan jodoh dan perkahwinan yang amat penting untuk difahami dan dimanfaatkan.

ORANG ‘BAIK’ TIDAK BERDAKWAH

Apa yang menjadi kesulitannya ialah, jika dahulu golongan yang tidak bercouple ini lazimnya terbabit dengan kegiatan keagamaan, dakwah dan kebajikan secara berorganisasi dan mereka biasanya dibantu oleh Unit Bait Muslim di dalam organisasi masing-masing. Dulu-dulu, orang yang menolak evolusi cinta, menolaknya dengan semangat dakwah. Tetapi kini, ramai sahaja golongan yang ‘baik-baik’, tetapi tidak mempunyai sebarang komitmen dengan kerja-kerja dakwah secara sistematik dan berorganisasi.

Di antara kesan sampingannya ialah, tiada siapa yang menguruskan soal jodoh mereka, dan mereka pula tidak punya sebarang wasilah ikhtiar lain untuk tujuan tersebut.

Ibu bapa pula tidak memainkan peranan mereka dalam hal ini, atau jika ada usaha sekali pun, timbul pula pertentangan nilai antara cara menimbang ibu bapa, dengan si anak. Buntu sekali!

Mungkin dalam situasi seperti ini, agensi mencari jodoh Muslim, menjadi salah satu alternatif yang boleh dipertimbangkan. Syarikat atau pertubuhan seperti MUSLIM MARRIAGE AGENCY setakat ini berperanan secara efektif, terhormat dan berkesan dalam mengatur proses mencari pasangan hidup di kalangan Muslim.

Apa yang penting adalah USAHA dalam lingkungan BATASAN AGAMA.

Kesimpulan daripada keseluruhan perkongsian ini, lawan merompak bukanlah menganggur. Lawan pergaulan bebas bukanlah duduk semata menanti jodoh datang menjelma.

Jodoh tidak datang bergolek.

~www.iluvislam.com~