Isnin, 17 Oktober 2011
Jumaat, 14 Oktober 2011
82% Pasangan Lebih Mementingkan Kawan-Kawan Daripada Kekasih Sendiri
Seramai 82% pasangan menjawab mereka lebih mementingkan kawan-kawan daripada kekasih mereka sendiri. Dan selebihnya, 18% yang lain lebih mementingkan kekasih daripada kawan-kawan mereka.
Daripada analisa kami, ianya mungkin disebabkan kita lebih mudah untuk berbincang dan berkongsikan cerita dengan kawan-kawan kita. Lagi-lagi apabila kawan itu seusia dengan kita, yang lebih memahami perasaan dan situasi yang kita sedang alami.
Berbeza dengan kekasih, di mana sesetengah perkara itu kita tidak dapat berkongsi dengan mereka. Lagi-lagi apabila perkara itu sensitif dan boleh membuatkan mereka berkecil hati. Selain daripada itu, dengan kekasih kita akan lebih menjaga sikap dan tingkah laku, membuatkan kita kurang open apabila bersama dengan mereka.
Apa pendapat anda?
Sila2kan Bagi pendapat anda?24 Peringatan Buat Wanita
1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.