Sabtu, 4 Mei 2013
Jehan Miskin Sah Bergelar Suami dari Wanita Negara Korea
8:00 PTG
Allah, Carcosa Seri Negara, Islam, Jehan Miskin Sah Bergelar Suami dari Wanita Negara Korea, Korea, Religion and Spirituality
No comments
Dengan dua kali lafaz, pelakon Jehan Miskin sah bergelar suami kepada
wanita Korea, Julie Camelia Rhee pada petang Sabtu. Majlis pernikahan
mereka diadakan di Carcosa Seri Negara kira-kira pukul 2.40 petang
sebentar tadi.
Pasangan tersebut diijabkabul oleh
Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah
Persekutuan Mohd Sahirman Ahmad. Pengantin perempuan menerima mas kahwin
sebanyak RM12,000 tunai berserta tiga dulang hantaran berupa beg tangan
jenama Braun Buffel, komputer riba Apple dan set mandian.
Manakala Jehan menerima tiga dulang
hantaran berupa beg bimbit jenama Braun Buffel, pen Cross dan Ipad Mini.
Antara selebriti yang hadir ialah Azura Zainal, Cheryl Samad, Tony
Eusoff, Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp.
Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran
tetamu seramai 100 orang. Pada majlis tersebut, Jehan mengenakan sut
tajaan Bon Zainal manakala isterinya menyarung gaun tajaan Zaterra dan
Celest Thoi.
Sumber Rotikaya & MStar Online
Jumaat, 3 Mei 2013
Jehan Miskin tamatkan zaman bujang
4:10 PTG
Asia, Jehan Miskin tamatkan zaman bujang, Kuala Lumpur, Malaysia, Yahoo, Yahoo News
5 comments
DESAS-desus bahawa pelakon Jehan Miskin bakal mendirikan rumahtangga di
sebuah hotel bertaraf lima bintang pada Sabtu ini dengan seorang gadis
Korea ternyata sahih.
Apatah lagi, aktor kelahiran Pulau Pinang yang berusia 34 tahun ini amat berhati-hati bila berbicara tentang kehidupan peribadinya.
Selama beliau berkecimpung dalam dunia seni lebih 10 tahun lalu, jarang-jarang Jehan dilanda kontroversi yang membabitkan dirinya dengan mana-mana wanita. Dalam diam, hati Jehan rupa-rupanya telah dimiliki wanita idamannya.
Menurut sumber terdekat, Jehan telah lama menjalin cinta dengan buah hatinya yang telah lama menetap di Kuala Lumpur.
Apabila dihubungi Yahoo! Malaysia untuk beliau mengesahkan tentang berita baik ini, Jehan ketawa dan berkata, “jujur saya tidak mahu berbicara tentang perkahwinan ini kerana saya percaya pengumuman seumpama ini lebih manis jika dibuat pada hari pernikahan itu sendiri.”

Tambahnya lagi, keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk
mengadakan majlis secara kecil-kecilan dan bakal dihadiri hanya lebih
kurang 100 jemputan termasuk keluarga dan kenalan rapat.
Bekas ahli gimnas negara, Faiznur Miskin, yang merupakan kakak kepada pelakon itu, dikhabarkan telah tiba dari Amerika Syarikat untuk memeriahkan majlis perkahwinan adiknya.
“It’s going to be a very private affair (ianya merupakan majlis kecil sahaja). Biarlah pengumuman itu saya dan isteri buat bersama-sama selepas majlis itu nanti,” kata Jehan.
Sehari selepas majlis perkahwinannya berlangsung, Jehan akan menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi di kawasan Segambut.
Mengucapkan tahniah kepada Jehan yang akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya.

Info Yahoo News
SEGMEN SIMPLE CONTEST BY DJH
Segmen Bloglist Mei & Jun by Aenn Athirah
10:02 PG
blog, blogger, Clients, Mei, Segmen Bloglist Mei dan Jun by Aenn Athirah, Templates, Wordpress
7 comments
TAMAT : 5 Mei 2013 | 11.59 malam