This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sabtu, 4 Mei 2013

1st BIGGEST GIEAWAY BY OSM

 

Click Banner To Join

Assalamualaikum & salam satu malaysia O.S.M 
 Menarik & Tertarik
Jom Join Giveaway yang dianjurkan syafiq ini .. 


Enhanced by Zemanta

Di Dalam Kita Mencari Ertinya Cinta

 




Kita mengharap setiap mimpi indah menjadi satu realiti kehidupan kita.. Kita mendesak dan amat merasakan keinginan yang kuat dalam dakap dada untuk mencapai impian itu.. Namun sering saja kita kecundang di sebalik erti kehidupan, di mana kita adalah manusia yang merancang.. Tetapi Allah SWT telah menyediakan yang terbaik untuk kita

Dikau mengajar aku erti kesetiaan, tapi aku masih lagi ampuh.. Dalam aku leka, kamu sabar dengan lagaknya aku hilangkan sukamu.. Menjadi duka, dan tersenyap pilu akan satu tangisan.. Tersentap lagi.. Dan terus hanyut..


Terlalu pekat dan terlalu jauh.. Terlalu hitam dan sebarang kemungkinan itu, membuatkan aku semakin hilang akan satu arah.. Jika masih ada ruang di dalamnya, berikan aku waktu dan masa untuk hadir.. Jika sudah tiada kesempitan waktu dan masa, biarkan saja luka itu menjadi nanah.. Biar hilang semua..

Tanpa kita sedari akan sesuatu, kita semakin berubah masa demi masa.. Walau sedikit walau sebesar mana, kita berubah mengikut keadaan..

Benarkah itu cinta? Atau kita yang diperdaya dengan kehinaan di hias hingga mempersonakan.. Sementaraan dinampakkan kekal dan segala yang busuk terbau harum.. Segala yang keji ternampak indah

Ya, benar cinta itu membahagiakan bukan mengecewakan.. Kita tidak inginkan kebahagiaan yang bersifat sementara dan kebahagiaan sementara ini tak lebih dari jajaan sahaja. Kita perlukan cinta bukan nafsu cinta.. Kita perlukan cinta kerana kita perlukan kebahagiaan bukan kerana cinta itu sendiri

Dan aku masih lagi dalam mencari ertinya cinta.. Masih lagi mencari ertinya kebahagiaan.. Dan tercari cari.. Dan masih lagi mencari..

Ku temuinya di sebalik senyumanmu.. Ku dakap mesranya lirikan matamu.. Ku temui bahagianya melihat senyumanmu.. Cinta jua membuatkan aku gundah dan terluka.. Dan penawarnya ada kamu, memberi seribu kebahagiaan padaku

Maafkan aku.. Jemariku kaku untuk menulis tentangmu.. Hatiku beku untuk mengenangimu kerana aku masih merasa berada disisimu.. Kerana aku mahu berada dekat denganmu.. Kerana kamu kesayanganku.. Kerana ada kamu, memberi satu kebahagiaan buat kita..

Tiada yang lebih berharga dari hari ini.. Hari yang masih kita miliki untuk kita hiasi dengan amal penyelamat diri, dari azab neraka yang tidak terperi juga untuk syurga dan keredhaan Ilahi.. Ringakanlah bebanmu untuk hari ini, untuk kau galas segala kemuliaan diri.. Juga untuk jiwamu tabah menongkah ombak kehidupan setinggi langit


Sekadar berkongsi cerita.. Membayangkan satu kisah cinta seorang gadis yang kecewa, kemudian di bertemu cinta baru.. Mekar.. Dan kembang dengan segarnya~

Hargailah setiap insan
Enhanced by Zemanta

Jehan Miskin Sah Bergelar Suami dari Wanita Negara Korea

 


 

Dengan dua kali lafaz, pelakon Jehan Miskin sah bergelar suami kepada wanita Korea, Julie Camelia Rhee pada petang Sabtu. Majlis pernikahan mereka diadakan di Carcosa Seri Negara kira-kira pukul 2.40 petang sebentar tadi.

jehan_1

Pasangan tersebut diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Mohd Sahirman Ahmad. Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai berserta tiga dulang hantaran berupa beg tangan jenama Braun Buffel, komputer riba Apple dan set mandian.
Manakala Jehan menerima tiga dulang hantaran berupa beg bimbit jenama Braun Buffel, pen Cross dan Ipad Mini. Antara selebriti yang hadir ialah Azura Zainal, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Nurul Wahab dan suaminya Eric Depp.

hantaran_1


Selepas acara akad nikah, majlis minum petang diadakan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang. Pada majlis tersebut, Jehan mengenakan sut tajaan Bon Zainal manakala isterinya menyarung gaun tajaan Zaterra dan Celest Thoi.

 
Enhanced by Zemanta

Jumaat, 3 Mei 2013

Jehan Miskin tamatkan zaman bujang

 


DESAS-desus bahawa pelakon Jehan Miskin bakal mendirikan rumahtangga di sebuah hotel bertaraf lima bintang pada Sabtu ini dengan seorang gadis Korea ternyata sahih.

Apatah lagi, aktor kelahiran Pulau Pinang yang berusia 34 tahun ini amat berhati-hati bila berbicara tentang kehidupan peribadinya.

Selama beliau berkecimpung dalam dunia seni lebih 10 tahun lalu, jarang-jarang Jehan dilanda kontroversi yang membabitkan dirinya dengan mana-mana wanita. Dalam diam, hati Jehan rupa-rupanya telah dimiliki wanita idamannya.

Menurut sumber terdekat, Jehan telah lama menjalin cinta dengan buah hatinya yang telah lama menetap di Kuala Lumpur.

Apabila dihubungi Yahoo! Malaysia untuk beliau mengesahkan tentang berita baik ini, Jehan ketawa dan berkata, “jujur saya tidak mahu berbicara tentang perkahwinan ini kerana saya percaya pengumuman seumpama ini lebih manis jika dibuat pada hari pernikahan itu sendiri.”
 
 Tambahnya lagi, keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis  secara kecil-kecilan dan bakal dihadiri hanya lebih kurang 100 jemputan termasuk keluarga dan kenalan rapat.

Bekas ahli gimnas negara, Faiznur Miskin, yang merupakan kakak kepada pelakon itu, dikhabarkan telah tiba dari Amerika Syarikat untuk memeriahkan majlis perkahwinan adiknya.

“It’s going to be a very private affair (ianya merupakan majlis kecil sahaja). Biarlah pengumuman itu saya dan isteri buat bersama-sama selepas majlis itu nanti,” kata Jehan.

Sehari selepas majlis perkahwinannya berlangsung, Jehan akan menjalankan tanggungjawab untuk keluar mengundi di kawasan Segambut.

Mengucapkan tahniah kepada Jehan yang akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya. 
 
 
 
Enhanced by Zemanta