Tips kesihatan - Tips atasi Stres
Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai
tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin
merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya:
surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau
hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari
fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri
sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang
buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit
tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh
kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang
untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison
dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun
meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot
leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara
positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan
alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun
menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik.
Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat
membantu untuk melegakan stres.
4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres
yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan
ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara
terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara
kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda
boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan
yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan
tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi
tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem
saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang
negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan
terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa
kelelahan.
Copyright © Reserved , Minyak Lintah ® Moderator
0 ulasan:
Catat Ulasan