Sunday, July 10, 2011

K!T@

kata mereka;

kenapa harus mencari Sulaiman
jika diri bukannya Balqis?
jangan berani mendamba Muhammad
jika tidak semulia Khadijah..
lalu ak tertanya,
siapa idaman hati?
aku hanya pingitan biasa,
tidak semulia dia-mahupun dia

aku gadis biasa yang impikan dia,
yang menjadi tempat aku bersandar,
aku adalah tiang baginya.

mampu aku dengari suaranya
aku menjadi suara hatinya,
dia menjadi guru dan muridku
aku menjadi murid dan pembetulmu,

aku mahu menjadi aku untuknya
kerana dia juga mahu begitu.

aku mahu dia mendengar
ketika aku bersuara, ketawa, duka..
suaranya buat aku kekal mendengar
jangan jemu pada yang itu..
menjadi dendang dan irama hati kami
dan setiap alun dirinya menjadi muzik jiwaku

biar kami ada bersama sama
walaupun jauh
tanda kami percaya

biar kami menjadi pelengkap kami
kerana kata mereka lagi
Hawa memang tercipta untuk Adamnya

buat aku tersenyum......
dan pedih.....

2 comments: