This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Khamis, 8 November 2012

"Kahwin muda takpe,tapi jangan 'Internet'kan semua"


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ..



Aku ade terjumpa satu cerita yang patut kita kongsikan bersama memandangkan ramai yang nak berkahwin muda.So,ni cerita yan patut dijadikan panduan dan pengajaran untuk kita semua.


Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Da
n kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza 



dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2. via Madam IIUM. [things to ponder bro and sis; kahwin muda xpe, cuma jgn 'internet'kan semua]  




P/S:: Fikirlah dua tiga kali sebelum buat sesuatu perkara. :)

Rabu, 7 November 2012

Kawan atau Bantuan Dan Lawan Pilihan


Assalamualaikum kepada pembaca blog HAK!M dan salam 1 Malaysia. 


Mungkin sesetengah daripada anda pernah mengalami situasi untuk memilih untuk menyokong siapa jika ada kawan yang bertelagah. Kebiasaannya dalam situasi ini anda akan jadi orang tengah untuk menyejukkan keadaan. Itu jika situasi kawan-kawan.


Untuk entri kali ini, yang memerlukan anda membuat keputusan adalah situasi dimana melibatkan beberapa pihak iaitu kawan, musuh, diri sendiri dan bantuan. So pilihan yang diperlukan adalah samada kawan atau bantuan. Situasinya andalah seperti dibawah.

Anda adalah seorang anggota tentera yang ditugaskan untuk menjaga sempadan negara yang sedang berperang. Anda ada seorang kawan dalam tentera yang paling rapat dengan anda. Sepanjang mula masuk tentera sehingga ditugaskan untuk ke misi medan perang, sememangnya anda bersama dengan dia. Dan disebabkan anda begitu baik dengan dia, anda berjanji pada diri akan pertahankan dia walau dalam keadaan apa sekalipun walaupun bergadai nyawa.


Apabila menjalankan misi perang ini, kumpulan yang anda sertai mengalami kekalahan dan tinggal anda berdua sahaja dan anda terpaksa berundur untuk mendapatkan bantuan dari kem yang berhampiran dengan jarak lebih kurang 3km lagi. Musuh yang lebih kurang 100 orang berada semakin rapat dibelakang anda. Apabila hendak sampai 2 km lagi, kaki kawan anda patah disebabkan terjatuh. Dengan keadaan kawan anda sekarang, akan melambatkan pergerakan anda berdua dan pihak musuh akan dapat mengejar sebelum sempat anda sampai ke kem bantuan.


Kawan anda memberitahu supaya tinggalkan sahaja dia dan pergi ke kem bantuan untuk menyelamatkan diri. Lagipun keadaan dia sekarang akan menyebabkan musuh dapat mengejar, dan semestinya anda berdua tidak dapat melawan tentera musuh yang berjumlah 100 orang. Anda teringat janji yang anda telah buat untuk mempertahankan dia walaupun terpaksa bergadai nyawa, tetapi pada masa yang sama kawan anda suruh pergi sahaja selamatkan diri dan dapatkan bantuan asalkan salah seorang dari anda selamat.
Dalam situasi ini, apa yang anda akan lakukan.?
1. Berjuang sehingga titisan darah terakhir bersama kawan seperti yang anda janjikan semasa bersamanya.2. Dapatkan bantuan seperti yang disuruh kawan yang mana anda tahu anda akan selamat, kawan baik anda tidak.

by unwanted

Putus Cinta.? Anda Rasa Berbaloikah

 Assalamualaikum w.b.t 

Terputusnya suatu hubungan adalah sesuatu yang memeritkan, samada kepada sebelah pihak atau kepada kedua-duanya sekali. Mungkin setelah sekian lama menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih, tiba suatu ketika hubungan ini tidak dapat diselamatkan lagi.



Untuk entri ini, aku buat untuk keadaan di mana apabila anda putus cinta, dan tiada tanda-tanda si dia akan kembali kepada anda. Mungkin si dia sudah ada orang lain ataupun si dia memang tidak mahukan anda lagi. Jika anda yang memutuskan hubungan, mungkin tidak separah dengan orang yang menerima keadaan 'diputuskan'.

Si dia sudah tidak kembali kepada anda.. Anda kecewa.. Jadi apa yang perlu anda lakukan/pikir/bertindak.?

Jadi kali ini aku bawakan beberapa point dari pendapat dan pandangan aku sendiri. Jika anda ada pendapat lain, boleh bagitahu di ruangan komen untuk kita bertukar pendapat.

Berikut point² yang aku pikirkan.



1. Simpan sementara gambar si dia

Mungkin bagi anda idea ini seperti 'idea gila' kerana akan membangkitkan perasaan rindu. Tetapi pikirkan seperti ini. Jika hari ini anda bersamanya, selepas ini anda tidak lagi berpeluang untuk menatap/bercakap/berbual. apa akan terjadi jika anda terasa begitu memerlukan si dia sedangkan si dia sudahpun bersama orang lain.?

Tengok gambar. Itu dapat mengurangkan sedikit kepedihan yang tersarang di hati anda. Tidak perlu anda tatap gambar tiap² hari, just simpan buat sementara sehingga luka di hati perlahan-lahan sembuh. Nanti ada suatu ketika anda rasa anda sudah agak ok, dan tidak perlu menatap gambar kerana ingatan anda kepada si dia sudah makin pudar, pada masa itu anda boleh buang atau delete gambar yang ada dalam pc anda.


2. Jangan dengar/menyanyi lagu jiwang

Jika bercinta, perasaan gembira dan bahagia akan anda lalui. Anda boleh mendengar/karaoke lagu² yang best². Tetapi jika anda putus cinta, sebolehnya elakkan daripada mendengar, apatah lagi menyanyi lagi yang berkaitan putus cinta.

Mungkin bagi anda itu untuk meluahkan kepedihan dalam diri anda, tetapi sebenarnya apa yang anda dengar/nyanyi akan membangkitkan rasa rindu kepada orang yang tiada di sisi anda. Dan percaya atau tidak, jika sebelum putus cinta anda tidak begitu kisah dengan lirik lagu, tetapi apabila putus cinta anda begitu mengambil berat dengan lirik lagu.

3. Cari kawan yang berlainan jantina

Cari kawan berlainan jantina, ataupun jika sudah ada lagi bagus. Cari kawan, bukan mencari pengganti dirinya. Anda boleh cari pengganti si dia jika hubungan anda sudah lam terputus, tetapi jika hubungan anda baru sahaja terputus, cari kawan berlainan jantina untuk meluahkan apa yang anda rasa. Kerana meluahkan perasaan adalah berbeza antara sama jantina dengan berbeza jantina.

Kadang ada yang tersilap terlalu awal untuk menerima orang lain dalamm hidup selepas terputus hubungan. Dapat cepat menjalin hubungan selepas putus cinta, bukan menunjukkan anda power, tetapi lebih kepada keputusan yang tergesa² untuk mengisi kekosongan di hati anda. Anda boleh tersilap pilihan jika pilihan yang anda buat adalah berdasarkan emosi, bukan pikiran anda dalam keadaan stabil.
Jadi jika anda baru putus cinta, cari kawan yang berlainan jantina untuk anda luahkan apa yang terbuku di hati anda.


4. Think : Dia bukan untuk aku..

Si dia curang, anda baik. Secara logiknya adakah si dia layak untuk anda.?. Tidak.
Peluang boleh diberi, setiap orang layak di beri peluang termasuk diri anda. Tetapi jika pasangan anda sudah curang, contohnya hingga melakukan hubungan seks dengan orang lain. Adakah anda pikir dia layak untuk anda.?

Kerana, jika seseorang pernah curang, pasangan yang akan bersamanya akan mengingati apa yang telah dilakukan olehnya sehingga akhir hayatnya. Lagi² kalau curang hingga melibatkan hubungan badan. Jadi pikir, jika dia dari awal² lagi sudah begitu, adakah anda hendak bersamanya.?


5. This is your life.

Inilah hidup anda. Hadapinya. Anda tidak boleh pikir hidup anda sentiasa seronok, gembira. Anda tahu hidup kita seperti roda, anda kala kita di atas, ada kala kita di bawah. Anda pernah berada di atas, dan sekarang adalah masa anda untuk berada di bawah.

Anda pikir keadaan anda teruk? Ada lagi yang lebih teruk daripada apa yang anda hadapai, putus cinta. Ada yang dipukul, ada yang disimbah asid, ada yang dikurung,. Tetapi ramai sahaja daripada mereka yang bangkit untuk jadi orang yang bagus.

Jadi anda putus cinta, anda hendak menyesali hidup anda.? NO.
banyak lagi rintangan dalam hidup yang perlu anda hadapi..
Jika anda berjaya harungi salah satu cabaran hidup ini, anda sudah boleh katakan kepada diri anda, anda memang tahu untuk kendalikan hidup anda sendiri.

-------------------------------

Apabila putus cinta, antara perasaan yang anda akan hadapi adalah anda akan rasa berdendam. Bukan setakat berdendam kepada si dia, tetapi anda akan berasa berdendam kepada semua orang yang sejantina dengannya.. Perasaan itu boleh aku katakan 'normal' pada mulanya kerana kita adalah manusia, tetapi jangan terus terbawa-bawa dengan perasaan anda itu.

Tidak kira lelaki atau perempuan, perasaan dendam dan kecewa akan terbit dikala hubungan terputus. Yang penting bagaimana anda uruskan perasaan dan diri anda. Jangan jadi seperti si dia, yang tidak pandai menghargai anda. Suatu hari anda akan jumpa seseorang yang akan menghargai anda seperti mana anda pernah menghargai orang lain. What goes around, comes around.

Masa akan menentukannya.
This is your life.
Hadapinya..

Apakah Pilihan Anda.? Bersediakah anda?

 Assalamualaikum w.b.t ..

Dalam hidup, kita sentiasa mempunyai pilihan, ataupun peluang untuk sesuatu. Tidak kira samada pilihan itu melibatkan diri sendiri, ataupun orang lain. Disebabkan wujudnya pilihan ini, anda pada ketika itu perlu membuat keputusan. Dan keputusan yang anda hendak buat, semestinya terdapat banyak faktor sekeliling yang mempengaruhi. Dan ada kalanya kita terpaksa buat keputusan yang begitu strict.



Andaikan anda berhadapan dengan situasi sebegini.

> Anda dan seorang lagi kawan anda memancing di tengah lautan menggunakan sebuah sampan yang memang boleh memuatkan hanya untuk dua orang. Jika lebih 2 orang, sampan anda boleh karam. Ketika di tengah lautan, anda terserempak dengan seorang nelayan yang sampannya sedang bocor dan air mencurah² masuk ke sampannya yang sedang bocor itu. Dia merayu² meminta pertolongan anda. <

Apa keputusan yang anda akan buat.?

1 ) Tolong - Walaupun anda tahu risikonya
2 ) Biarkan - Kerana anda tahu risikonya

Sebelum korang baca seterusnya (berdasarkan pandangan aku), apa kata kalau anda pikir dahulu apa keputusan yang anda akan buat untuk situasi di atas, Tolong atau Biar..?

Ok, berikut adalah keputusan yang aku akan buat jika aku berhadapan dengan situasi di atas..


Keputusan aku adalah : Biarkan.

Terasa seperti agak kejam bukan kerana membiarkan orang yang meminta tolong kan. Tetapi itulah keputusan yang aku akan buat.

Kenapa biarkan.?

- Kerana risikonya memang terang - kalau tolong sampan yang dinaiki juga akan tenggelam
- Lebih baik biarkan seorang, berbanding ketiga-tiga bermasalah.
- Pastikan yang ada selamat dahulu sebelum selamatkan yang lain.
- Tahu ianya melibatkan nyawa dan perasaan, tetapi disebabkan melibatkan nyawa dan perasaan, dalam situasi ini nelayan itu perlu dibiarkan.
- Kalau anda biarkan, seorang mati lemas. Kalau tolong, ketiga² mati lemas termasuk anda. So, kalau anda tolong, sebenarnya anda bukan menolong.
- Kasihan.? - pikirkan keselamatan anda dan kawan anda.

Note: Situasi di atas adalah satu andaian untuk mengetahui bagaimana anda membuat keputusan. Pelbagai lagi situasi yang memerlukan anda membuat keputusan yang sangat kritikal, bagi aku perlu memikirkan diri sendiri dan orang yang berada dalam zon selamat dahulu. Walaupun untuk kedua-dua keputusan itu tiada yang 'salah' secara nyata.


---------------------------------------------------

Keputusan di atas yang aku buat adalah berdasarkan dari diri aku. Korang mungkin mempunyai keputusan yang sama dengan aku tetapi sebab yang berbeza. Atau, korang mungkin juga memilih keputusan untuk Menolong.

Korang dari pandangan korang la.
(Kira korang belum baca entri, tapi baca situasi je),

Korang tolong @ biarkan.?

Feel free to drop your comment.:)
by unwanted