This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sabtu, 9 Februari 2013

Seng Heng terima Rebat RM200

Seng Heng terima Rebat RM200: Pakej Komunikasi Belia

Mengikut bajet 2013, belia yang berumur 21-30 tahun layak menerima rebat rm200 untuk membeli smartphone. tujuan dia supaya belia kini terdedah dengan dunia internet. kalau ikut syarat kelayakan seperti di bawah ini, kira wajib langgan internet lah kan ikut talian telekomunikasi yang korang guna. celcom ke, digi ke, etc.
TAPI, kalau korang nak beli handphone sahaja tanpa langgan internet bulanan, yelah mana tau tak mampu nak commit monthly payment kan so, korang boleh beli dekat Seng Heng. Aku memula terkejut gak seng heng terima rebat tanpa langgan internet. haa jangan terkejut ye. boleh guna tau rebat kat sengheng.
contoh kalau korang nak beli phablet samsung galaxy note 2, harga dia RM2299 tolak rebat rm200 jadi RM2099 dengan warranty SME 2 tahun. kalau bayar rm50 lagi, Seng Heng akan bagi warranty SME lagi 2 tahun. so totalnya RM2149 dengan warranty 4 tahun.
kiranya aku rugi lah beli hari tuh. awal siket je aku beli kot. aku beli harga RM2200 warranty SME 2 tahun jer. so, rugi dekat warranty lah. huhu. tapi dah beli dah pun, so takde maknanya semua tuh kan. kalau korang nak guna rebat tanpa langgan internet, boleh lah beli dekat Seng Heng. hihi.
nak memohon rebat boleh KLIK SINI.
p/s : Smartphone apa yang Seng Heng tawarkan untuk gunakan rebat boleh lah pergi ke cawangannya yer. yang pasti samsung note 2, S3, S3 mini ada. ada dalam 8 jenis rasanya. iphone takdo noh.
 

Bloglist Blogger Baharu 2013

Bloglist Blogger Baharu 2013 | Segmen Tambah Follower !




Assalamualaikum

Semasa singgah di blog DZ tadi , saya ternampak post ini dan terus join .. kawan2 mau join jugak or tak .. 

 Mari ramai2 join dan dapatkan follower sebanyak yang mungkin untuk blog anda .. 



Jadi jom kita join contest ini. Untuk maklumat lanjut sila klik di SINI. Untuk makluman Cikgu Ahs, blog ID saya ialah 3614455309745758422


1st Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist


1st Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist
Jom kita sama2 meriahkan 1st segmen by Ina Sazali? ^_^... 
Nak join? Click gambar kat atas ni ek? 
Mari Click Ramai2 .. 


tarikh tamat
25 feb 2013
 

Jumaat, 8 Februari 2013

PENDAFTARAN BRIM 2.0 DITUTUP 15 MAC


  Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan

Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) ditutup pada 15 Mac 2013, kata Menteri Kewangan
Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

"Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat
membuat permohonan.

"Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat
yang layak, mendapat BR1M," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan
ucaptama pada forum ekonomi perbendaharaan di sini.

Ahmad Husni berkata kerajaan mendapati hampir semua pemohon yang layak telah
menghantar permohonan mereka dan sehingga kini sebanyak 7.3 juta permohonan
diterima.

Bagaimanapun, dalam proses menentukan kelayakan individu mendapat BR1M 2.0,
pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati terdapat pemohon yang memohon dua
kali, katanya.

"Sekiranya mereka mohon dua kali satu permohonan akan ketepikan, hanya
satu permohonan akan diproses," katanya.

Ahmad Husni berkata statistik akhir jumlah permohonan akan dimaklumkan
kemudian.

Beliau berkata semasa pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sejumlah RM3 bilion untuk tujuan
itu.
Objektif utama BRIM 2.0 ialah untuk membantu seisi keluarga yang
berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan peruntukan sebanyak RM500 dan individu
bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 sebanyak RM250.

-- BERNAMA