Saturday, February 9, 2013

Seng Heng terima Rebat RM200

Seng Heng terima Rebat RM200: Pakej Komunikasi Belia

Mengikut bajet 2013, belia yang berumur 21-30 tahun layak menerima rebat rm200 untuk membeli smartphone. tujuan dia supaya belia kini terdedah dengan dunia internet. kalau ikut syarat kelayakan seperti di bawah ini, kira wajib langgan internet lah kan ikut talian telekomunikasi yang korang guna. celcom ke, digi ke, etc.
TAPI, kalau korang nak beli handphone sahaja tanpa langgan internet bulanan, yelah mana tau tak mampu nak commit monthly payment kan so, korang boleh beli dekat Seng Heng. Aku memula terkejut gak seng heng terima rebat tanpa langgan internet. haa jangan terkejut ye. boleh guna tau rebat kat sengheng.
contoh kalau korang nak beli phablet samsung galaxy note 2, harga dia RM2299 tolak rebat rm200 jadi RM2099 dengan warranty SME 2 tahun. kalau bayar rm50 lagi, Seng Heng akan bagi warranty SME lagi 2 tahun. so totalnya RM2149 dengan warranty 4 tahun.
kiranya aku rugi lah beli hari tuh. awal siket je aku beli kot. aku beli harga RM2200 warranty SME 2 tahun jer. so, rugi dekat warranty lah. huhu. tapi dah beli dah pun, so takde maknanya semua tuh kan. kalau korang nak guna rebat tanpa langgan internet, boleh lah beli dekat Seng Heng. hihi.
nak memohon rebat boleh KLIK SINI.
p/s : Smartphone apa yang Seng Heng tawarkan untuk gunakan rebat boleh lah pergi ke cawangannya yer. yang pasti samsung note 2, S3, S3 mini ada. ada dalam 8 jenis rasanya. iphone takdo noh.
 

0 comments: