Jumaat, 8 Februari 2013
PENDAFTARAN BRIM 2.0 DITUTUP 15 MAC
Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan
Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) ditutup pada 15 Mac 2013, kata Menteri Kewangan
Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.
"Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat
membuat permohonan.
"Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat
yang layak, mendapat BR1M," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan
ucaptama pada forum ekonomi perbendaharaan di sini.
Ahmad Husni berkata kerajaan mendapati hampir semua pemohon yang layak telah
menghantar permohonan mereka dan sehingga kini sebanyak 7.3 juta permohonan
diterima.
Bagaimanapun, dalam proses menentukan kelayakan individu mendapat BR1M 2.0,
pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati terdapat pemohon yang memohon dua
kali, katanya.
"Sekiranya mereka mohon dua kali satu permohonan akan ketepikan, hanya
satu permohonan akan diproses," katanya.
Ahmad Husni berkata statistik akhir jumlah permohonan akan dimaklumkan
kemudian.
Beliau berkata semasa pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sejumlah RM3 bilion untuk tujuan
itu.
Objektif utama BRIM 2.0 ialah untuk membantu seisi keluarga yang
berpendapatan RM3,000 ke bawah dengan peruntukan sebanyak RM500 dan individu
bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000 sebanyak RM250.
-- BERNAMA
Rabu, 6 Februari 2013
Semakan Online Keputusan BR1M 2.0
Semakan Online Keputusan BR1M 2.0 | Pasti ramai yang dah dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0). Bagi mereka yang belum mengetahui bahawa BR1M 2.0 sudah mula diagihkan walaupun memalui maklumat asal keputusan akan diketahui pada 10 Februari 2013. Memang ramai yang dah terima BR1M 2.0, sebab mak admin pun akan terima BR1M 2.0 hari ini.
Sumber: www.ammboi.com |
Namun bagi mereka yang masih buntu untuk mengetahui maklumat kelulusan permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), admin ada kongsikan di bawah:
- Penerima BR1M2.0 (Permohonan yang berjaya) akan diberitahu melalui pos sama ada layak atau pun tidak mendapat bantuan tersebut dan diberitahu tempat penyerahan Baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 tersebut. Setiap permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melaui pos secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.
- Selain itu, pemohon juga boleh menyemak br1m 2.0 secara online dengan menghubungi talian hotline ini 1-800-222-500 dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 1-300-88-3010.
- Pemohon boleh menyemak status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0)dengan menghantar ke email ini belanjawan2012@treasury.gov.
Tahniah pada yang berjaya. Manfaatkan bantuan berkenaan untuk perkara yang berfaedah.
Sumber: www.ammboi.com
Selasa, 5 Februari 2013
Tips untuk nikah cepat
Tips untuk nikah cepat
Siapakah tidak mahu menikah cepat? Jika ada maka dia pasti ada masalah di dalam jiwanya yang perlu diselesaikan.
Sesungguhnya setiap orang perlu bernikah kerana ia fitrah dan bahkan ia sudah menjadi sunnah dan kewajipan dalam agama dan masyarakat.
Nikah itu dapat membina keperibadian dan membentuk kekeluargaan serta sifat tanggungjawab dalam diri seorang insan untuk terus hidup dengan membela dan mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan dan kelangsungan generasi masa depan.
Perbincangan kali ini mengenai bagaimanakah seseorang itu boleh menikah dengan cepat?
Penceramah bebas, Emran Ahmad berkata, ada beberapa cara yang mampu dititipkan sebagai petua dan panduan untuk memudahkan pernikahan.
Ini juga sebagai langkah panduan kepada anak muda mengenai cara untuk segera beroleh jodoh di samping mendapatkan pasangan.
Cara pertama, menurutnya, merayu dengan ibu bapa agar sudi mencari calon atau menikahkan dengan segera. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam urusan nikah.
Ini kerana jika mereka menyokong dan membantu maka akan mudah dan segeralah pernikahan itu dapat berlangsung.
Mereka boleh membantu pernikahan itu disegerakan atau pun menghalangnya sehingga ia dilambat-lambatkan.
“Perhubungan yang baik dengan ibu bapa amat penting bagi membantu menyegerakan nikah.
"Mereka boleh berusaha mencari calon dan tahu memilih pasangan yang sesuai dengan diri anda kerana di samping diri sendiri maka merekalah orang yang paling tahu kebolehan dan keperluan diri anda,” katanya.
Namun bagi mereka yang terhalang nikah kerana keluarga maka nasihatnya, segeralah bernikah dengan menggunakan wali hakim atau wali sultan dan berusaha mencari jodoh atau pasangan secara sendiri dan menggunakan bantuan kawan yang dipercayai.
Bantuan keluarga
Cara Kedua pula kata Emran, minta bantuan ahli keluarga yang simpati dan berkemampuan untuk menghulurkan bantuan.
Ahli keluarga tidak semestinya hanya ibu bapa sahaja tetapi sesetengah orang mempunyai bapa saudara atau ibu saudara; datuk atau nenek atau ahli keluarga terdekat seperti abang dan kakak yang dapat membantu dalam urusan pernikahan.
“Jika tiada sokongan dari atas mungkin ada abang atau kakak yang berkeluarga dan bersedia membantu mencarikan pasangan untuk adik melalui kenalan, rakan dan sahabat seperjuangan yang dipercayai serta diyakini berkemampuan dan layak dijadikan pasangan untuk ahli keluarga mereka,” katanya.
Cara ketiga pula, rapat dengan orang tua dan tokoh agama untuk memudahkan dapat bantuan.
Orang tua tahu dan mengenali ramai orang yang mungkin dapat membantu anda memperoleh jodoh yang baik.
"Contohnya, Si Minah yang memakai tudung labuh, anak makcik Siti yang menghafaz al- Quran, Johari yang rajin solat di masjid dan pelbagai lagi cerita dan perkara yang diketahui mereka yang dapat membantu anda menemui jodoh yang sesuai dengan izin ALLAH SWT.
“Bahkan kerap kali persahabatan dengan tokoh agama dan orang tua juga berfungsi untuk memujuk ibu bapa dan pihak keluarga yang mempunyai keberatan untuk menikahkan anak-anak mereka,” katanya.
Selain itu Emran berkata, sertai jemaah atau organisasi dakwah dan mencari jodoh melalui unit di dalam organisasi.
“Ramai orang bercinta sesama ahli jemaah, rakan persatuan atau organisasi yang diceburi.
Perkara ini menjadi lumrah kalangan pelajar institusi pengajian tinggi untuk terlibat dengan kegiatan usrah, tamrin atau program motivasi di mana pelajar lelaki dan perempuan akan bertemu dan bergabung dalam satu organisasi jawatan lalu mempunyai ruang untuk berkenalkenalan dan berhubung antara satu sama lain.
“Pada saya menyertai jemaah atau organisasi dakwah dengan hasrat untuk mencari jodoh dan pasangan adalah lebih bermakna dan berbaloi daripada menyertainya untuk berjuang tanpa arah tuju dan tanpa kefahaman ilmu semata-mata mengikut semangat dan perasaan,” katanya.
Emran menambah, seterusnya boleh juga mencari calon pasangan daripada keluarga yang terkenal memahami sunnah dan memudahkan perkahwinan.
“Cara ini tidak boleh digunakan untuk semua orang. Tetapi jika benar anda mengenali atau mengetahui ada keluarga yang beragama dan terkenal warak serta memahami agama dan sunnah, maka cubalah nasib dengan meminang anak gadis mereka atau pun menghampiri keluarga mereka untuk berkenalan jika ada anak lelaki mereka yang dapat dijadikan pasangan."
Beliau berpendapat, ramai orang memandang rendah kepada agama dewasa ini tetapi hakikatnya agama lebih utama daripada kemewahan dan harta kekayaan.
Ramai anak orang kaya menderita tiada jodoh atau susah mendapatkan pasangan tetapi anak orang susah dan miskin pula dengan segera dan mudah sahaja membina rumah tangga dan bertemu pasangan,” katanya.
Tidak kurang juga katanya, dengan cara bernikah dengan anak yatim, janda atau duda yang sedia menyegerakan nikah. Menikahi anak yatim banyak kebaikannya serta diberikan pahala dan ganjaran yang besar jika dapat menjaga dan memelihara mereka dengan baik.
Bagi orang lelaki, anda boleh bertanya kepada penjaga dan pengasas rumah anak yatim yang dikelolakan oleh ramai individu secara persendirian atau kepada rumah anak yatim yang dikendalikan secara syarikat atau organisasi tertentu.
“Sepatutnya tidak ada masalah menikahi anak yatim ini kerana wali mereka sudah tiada dan proses urusan nikah seharusnya lebih mudah bagi membantu mereka mendirikan rumah tangga dan kehidupan baru yang bahagia,” katanya.-mstar
copy lulu
Isnin, 4 Februari 2013
Segmen Jom Tambah Follower Blog by Anis Zainudin
- WAJIB follow blog HAKIM
- WAJIB like page NIEY