This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Isnin, 18 Februari 2013

Tips Nuffnang : Faktor Pemilihan Blog


Tips Nuffnang :  Buffered Earning / CPUV Nuffnang


Assalamualaikum wbt readers :)

Rasanya, ramai di kalangan blogger yang memasang iklan di blog masing-masing. Dan majoriti daripadanya bernaung dengan Nuffnang. Tak kira lah sama ada mereka itu blogger baru mahupun blogger lama. Namun, dalam banyak-banyak blogger yang memasang iklan Nuffnang di blog, berapa ramaikah yang dapat iklan Buffered Earning (CPUV)?

Mesti ada di kalangan kalian yang tertanya-tanya, kenapa sampai sekarang blog mereka tak dapat lagi BE? Sedangkan trafik ke blog yang mereka dapat mencecah seribu kunjungan sehari.

Jadi, hari nie Hakim nak kongsilah dengan kalian, apakah faktor-faktor yang diambil kira oleh pihak advertiser dalam memilih sesebuah blog untuk menjalankan iklan BE.

Status Keahlian
Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program Nuffnang untuk Bloggers yang paling setia dengan Nuffnang.

Pembaca berpadanan

Blog yang mempunyai pembaca berpadanan dengan iklan mereka. Itu memang sasaran utama mereka. Maksudnya di sini, kalau blog korang mostly banyak berkongsi tentang telekomunikasi, itu akan menarik minat pembaca yang suka info berkaitan telekomunikasi. So secara tidak langsung, pihak pengiklan berminat memilih blog korang untuk iklan CPM berkaitan telekomunikasi. Itu contoh saja ok.


Isi ruang Survey

Sebab itulah PENTINGnya bloggers mengisi dan mengemaskini ruang SURVEY. Ini kerana pihak pengiklan akan melihat survey yang telak diisi oleh bloggers untuk membuat pemilihan blog yang layak mendapat iklan CPM. Ruang Survey dan biodata bloggers ibarat RESUME nak cari kerja :). Mana-mana blog yang tidak mengisi dan mengemaskini ruang survey tidak akan diendahkan oleh pihak pengiklan.

Posisi iklan yang tepat
Pihak pengiklan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, korang hanya perlu meletakkan unit iklan pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, korang hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.


Keberkesanan unit iklan

Jika blog korang mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah. Tetapi, bergantung kepada bintang yang terdapat pada CTR.

Jika nasib menyebelahi korang, dan Pihak Pengiklan memilih korang untuk kempen CPM mereka, so peluang untuk korang mendapat beberapa angka di ruang "CPUV" adalah sangat cerah!

P/S So, Teruskan berblogging dengan ikhlas dan happy blogging ^_^

Credit toMieya Atiera

Jumaat, 15 Februari 2013

Najib tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun lawat mangsa kemalangan






Datuk Seri Najib Razak tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada jam 6.30 petang tadi bagi melawat mangsa kemalangan bas di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Perdana Menteri menghabiskan masa kira-kira 10 minit melawat mangsa kemalangan di wad kecemasan hospital berkenaan.
Dalam nahas itu, seorang maut dan 15 cedera apabila sebuah bas membawa 40 peumpang terbabas di Kilometer 15 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands tengah hari tadi.

Bas dalam perjalanan ke program Orang Asli bersama Perdana Menteri di Bandar Baru Seri Iskandar. 



Selanjutnya..

Seorang maut, 15 cedera bas bawa penumpang ke majlis Najib terbabas






Seorang maut dan 15 cedera apabila sebuah bas membawa 40 peumpang terbabas di Kilometer 15 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands tengah hari tadi.

Bas dalam perjalanan ke program Orang Asli bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Bandar Seri Iskandar.
Najib dalam perjalanan melawat mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.





Seorang maut, 15 cedera bas bawa penumpang ke majlis Najib terbabas

Kerajaan sentiasa bantu ringan beban rakyat: Muhyiddin






KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian subsidi, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemantauan harga barang keperluan harian membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha untuk membantu rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pelbagai usaha sudah dilaksanakan termasuk pemberian subsidi gula, bahan api dan mengawal harga barang ketika musim perayaan.
"Kita sentiasa memikirkan bagaimana hendak meringankan beban rakyat. Kita tidak mahu rakyat kita hidup susah," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan BR1M 2.0 kepada 2,798 penduduk bujang di Parlimen Segambut, di sini, hari ini.



BH