Isnin, 18 Februari 2013

Tips Nuffnang : Faktor Pemilihan Blog


Tips Nuffnang :  Buffered Earning / CPUV Nuffnang


Assalamualaikum wbt readers :)

Rasanya, ramai di kalangan blogger yang memasang iklan di blog masing-masing. Dan majoriti daripadanya bernaung dengan Nuffnang. Tak kira lah sama ada mereka itu blogger baru mahupun blogger lama. Namun, dalam banyak-banyak blogger yang memasang iklan Nuffnang di blog, berapa ramaikah yang dapat iklan Buffered Earning (CPUV)?

Mesti ada di kalangan kalian yang tertanya-tanya, kenapa sampai sekarang blog mereka tak dapat lagi BE? Sedangkan trafik ke blog yang mereka dapat mencecah seribu kunjungan sehari.

Jadi, hari nie Hakim nak kongsilah dengan kalian, apakah faktor-faktor yang diambil kira oleh pihak advertiser dalam memilih sesebuah blog untuk menjalankan iklan BE.

Status Keahlian
Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program Nuffnang untuk Bloggers yang paling setia dengan Nuffnang.

Pembaca berpadanan

Blog yang mempunyai pembaca berpadanan dengan iklan mereka. Itu memang sasaran utama mereka. Maksudnya di sini, kalau blog korang mostly banyak berkongsi tentang telekomunikasi, itu akan menarik minat pembaca yang suka info berkaitan telekomunikasi. So secara tidak langsung, pihak pengiklan berminat memilih blog korang untuk iklan CPM berkaitan telekomunikasi. Itu contoh saja ok.


Isi ruang Survey

Sebab itulah PENTINGnya bloggers mengisi dan mengemaskini ruang SURVEY. Ini kerana pihak pengiklan akan melihat survey yang telak diisi oleh bloggers untuk membuat pemilihan blog yang layak mendapat iklan CPM. Ruang Survey dan biodata bloggers ibarat RESUME nak cari kerja :). Mana-mana blog yang tidak mengisi dan mengemaskini ruang survey tidak akan diendahkan oleh pihak pengiklan.

Posisi iklan yang tepat
Pihak pengiklan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, korang hanya perlu meletakkan unit iklan pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, korang hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.


Keberkesanan unit iklan

Jika blog korang mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah. Tetapi, bergantung kepada bintang yang terdapat pada CTR.

Jika nasib menyebelahi korang, dan Pihak Pengiklan memilih korang untuk kempen CPM mereka, so peluang untuk korang mendapat beberapa angka di ruang "CPUV" adalah sangat cerah!

P/S So, Teruskan berblogging dengan ikhlas dan happy blogging ^_^

Credit toMieya Atiera

2 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

thanks for the sharing...nice sharing...

http://mhakimfaiz.blogspot.com berkata...

TQ2 farah ... ;-)