This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Rabu, 1 Mei 2013

Samsung Galaxy S4 kini di Malaysia

 
S4 kini berada di Malaysia!
Anda menanti ketibaan GALAXY S4 ke tanah air? Masa untuk bergembira sudah tiba kerana ianya telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Upacara pelancaran kali ini unik kerana Samsung melancarkan telefon ini di lima lokasi di sekitar ibu negara – di setiap kedai induk syarikat telekomunikasi Malaysia dan juga di kedai induk Samsung di Low Yat Plaza.

Telefon terbaru dari Samsung ini memaparkan cip Exynos 5 – cip yang mempunyai 8 teras, kamera 13 megapiksel, skrin 5 inci dengan paparan 1080p, storan 16GB (yang boleh ditambah dengan kad microSD sehingga 64GB) dan juga Android Jelly Bean 4.1.

Malangnya Samsung tidak mengumumkan model LTE semasa pelancaran ini, dan apabila ditanya, tiada jawapan lengkap diberi oleh pihak Samsung.

Jika anda ingin membeli telefon ini, ianya berharga RM 2,199 dan juga boleh didapati dari syarikat-syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej-pakej yang menarik untuk telefon pintar ini.
Cantikkan telefon ni?
INFO YAHOO NEWS
Enhanced by Zemanta

Bapa Saiful tarik balik permohonan maaf kepada Anwar

 

Bapa Saiful tarik balik permohonan maaf kepada Anwar, dakwa kes liwat bukan konspirasi..

 

Bapa kepada Saiful Bukhari hari ini membuat keputusan mengejut apabila menarik balik permohonan maafnya yang dibuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu, mendakwa beliau telah dipengaruhi pihak tertentu untuk bertindak sedemikian.


Pada 8 Mac lalu, Azlan Mohd Lazim (ayat) dalam satu sidang media tertutup telah meminta maaf kepada Anwar dan sekeluarga, mengakui kes liwat melibatkan anaknya adalah satu konspirasi politik.
“Saya hari ini ingin menarik balik permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ingin menegaskan kes liwat anak saya adalah benar.

“Ia bukan satu konspirasi politik,” kata Azlan dalam satu sidang media di Ibis Styles Hotel disini.
Keputusan Azlan,60, hari ini dibuat ketika pilihan raya semakin hampir pada 5 Mei ini, walau bagaimanapun bapa Saiful berkata ia adalah kebetulan dan dilakukan secara sukarela tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Saya tampil buat kenyataan hari ini adalah secara sukarela dan tidak dipaksa.
“Saya juga tidak ditawarkan sebarang ganjaran untuk menarik balik permohonan maaf ini,” tambahnya.

Azlan yang hadir seorang diri tanpa ditemani anaknya berkata telah membuat kesilapan dan sedar tindakannya tersebut tidak memberi sebarang manfaat.

“Setelah membuat penilaian dan berfikir semula, saya mengakui telah membuat kesilapan kerana meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar.

“Saya sudah sedar dan mahu meminta maaf kepada seluruh keluarga saya terutama anak saya Saiful,” kata Azlan lagi.

Apabila ditanya akan dituduh sebagai penipu oleh orang awam selepas ini, Azlan berkata rela menerima tohmahan sebegitu dan terpulang kepada orang ramai untuk berbuat sedemikian.
“Itu terpulang kepada orang ramai, saya tidak kisah,” kata Azlan.

Dalam pada itu, Azlan juga berkata akan keluar daripada PKR dan akan menghantar permohonannya kepada parti tersebut dalam masa terdekat.

“Selepas ini, saya akan hantar permohonan untuk keluar daripada PKR,” kata beliau.

Dalam pada itu, Azlan juga berkata anaknya Saiful telah dimaklumkan tentang sidang media hari ini dan menegaskan tidak mempunyai sebarang masalah ataupun bergaduh dengan anaknya.

Pada 8 Mac lalu, The Malaysian Insider melaporkan Azlan membuat keputusan mengejut apabila mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Anwar sebuah “konspirasi politik jahat” serta meminta maaf kepada pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sejurus selepas itu, Azlan pada 11 Mac dengan rasminya menghantar borang keahlian untuk menyertai PKR bagi bersama-sam parti tersebut untuk berkempen pada pilihan raya hari ini.

Sidang akhbar itu diaturkan oleh Ahli Majlis Tertinggi PKR Datuk Johari Abdul dan dikawal dengan ketat.

“Mungkin dia hadapi tekanan, daripada Umno dan juga ahli keluarganya sebab itu buat keputusan untuk tarik balik.

“Kenyataan beliau tidak memberi sebarang kesan, rakyat boleh menilai sendiri sama ada cakapnya benar atau tidak,” kata Johari apabila di hubungi oleh The Malaysian Insider.

Malah, Johari berkata bapa Saiful yang mencarinya untuk membuat kenyataan pada 8 Mac lalu dan tidak pernah memaksa Azlan untuk membuat sedemikian.

Bukan saya yang cari dia, tapi sebaliknya dia yang cari saya.

“Saya tidak pernah paksa dia, cuma mahu tolong. Tapi tiba-tiba dia tarik pula kenyataan itu hari ini,” tambah Johari.

Sementara Anwar yang ditemui di Selayang hari ini, enggan memberikan komen.

Kes liwat kedua Anwar bermula setelah  laporan polis dibuat oleh Saiful, bekas kakitangan beliau mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR tersebut.

Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar di unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Walau bagaimanapun, pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah atas kes liwat  yang dihadapi oleh beliau.

Namun, pada 20 Januari 2012 Pejabat Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful.

Notis itu yang ditandatangani oleh Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur.

Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful akan didengar Julai ini.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman hingga 20 tahun penjara dan sebat jika disabitkan kesalahan.

  INFO YAHOO NEWS

Enhanced by Zemanta

Selasa, 30 April 2013

Pencarian Bloglist Mei By DJH




Kenapa??Segmen ni bertujuan untuk update bloglist angah..Cer korang tgok..yg tinggal hanyalah BLOGLIST KEKAL...kalau dulu angah dah buat..untuk bulan MAC&APRIL..so kali ni angah nak buat untuk bulan MEI sahaja..

Pencarian Bloglist Mei By DJH

Syarat :

  • Copy Coding Entri bawah ni.Pastekan di entri anda.Publish,hantar link entry korang ke entri ni SAHAJA.
  • Letakkan tajuk entri "Pencarian Bloglist Mei By DJH"

  • Itu je!!!!


Senangkan?Macam mana angah pilih pemenang??Angah akan pilih semua yg join..tak kira berapa ramai..pastu..20 blogger terawal akan dapat hadiah istimewa...:D so korang nak join??
Inspirasi oleh MIA
Jom sama2 support rakan2 bloggers..


SEGMEN NASZ : NASZ CARI BLOGLIST MEI 2013

 
 Click Banner To Join This Segment
 
join segmen express by Nasz...... Segmen yg diberi nama

SEGMEN NASZ : NASZ CARI BLOGLIST MEI 2013.
Bersempena segmen ini, Abg nasz ataupun Mohd Naser menceritakan sedikit tentang blog kepunyaan saya ini.. 
Blog saya ini sudah lama di tubuhkan pada tahun 2012 bulan berapa saya tak berapa ingat..
Abg nasz ataupun Mohd Naser ini mencari sahabat-sahabat yang ingin menyertai @ berada dalam Blog list Abg Nasz ini ..
 
Cepat sementara peluang masih ada wahai sahabat-sahabatku ... 
Jangan kita lepaskan peluang keemasaan yang diberikan oleh abg nasz ini
 
Join you all