Wednesday, May 1, 2013

Samsung Galaxy S4 kini di Malaysia

 
S4 kini berada di Malaysia!
Anda menanti ketibaan GALAXY S4 ke tanah air? Masa untuk bergembira sudah tiba kerana ianya telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Upacara pelancaran kali ini unik kerana Samsung melancarkan telefon ini di lima lokasi di sekitar ibu negara – di setiap kedai induk syarikat telekomunikasi Malaysia dan juga di kedai induk Samsung di Low Yat Plaza.

Telefon terbaru dari Samsung ini memaparkan cip Exynos 5 – cip yang mempunyai 8 teras, kamera 13 megapiksel, skrin 5 inci dengan paparan 1080p, storan 16GB (yang boleh ditambah dengan kad microSD sehingga 64GB) dan juga Android Jelly Bean 4.1.

Malangnya Samsung tidak mengumumkan model LTE semasa pelancaran ini, dan apabila ditanya, tiada jawapan lengkap diberi oleh pihak Samsung.

Jika anda ingin membeli telefon ini, ianya berharga RM 2,199 dan juga boleh didapati dari syarikat-syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej-pakej yang menarik untuk telefon pintar ini.
Cantikkan telefon ni?
INFO YAHOO NEWS
Enhanced by Zemanta

0 comments: