Isnin, 6 Mei 2013
Ahad, 5 Mei 2013
Google Doodle Malaysia PRU13
10:12 PTG
Companies, Ella Fitzgerald, Google, Google Doodle, Google Doodle Malaysia PRU13, Google logo, Malaysia, Search Engines, Searching
Sempena PRU 13, Google telah mengubah logo di laman utama
Google Malaysia untuk sama – sama meraikan PRU 13 pada kali ini. Jika
dilihat pada gambar tersebut, ianya dalah gabungan pegangan tangan yang
memegang kertas undi yang akhirnya memasukkan kertas undi tersebut di
dalam kotak undi.
Hari ini ialah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Malaysia.
Apa itu Google Doodle? Google Doodle adalah perubahan
yang dibuat ke atas logo Google untuk meraikan hari cuti, ulang tahun
dan adakalanya untuk memperingati kehidupan artis dan ahli sains yang
terdahulu. Penciptaan Doodle ini adalah untuk memeriahkan lagi laman
utama Google dan memberi senyuman kepada pengguna Google di seluruh
dunia.
Google memang selalu menukar logo mereka untuk setiap peristiwa penting seperti hari pekerja baru-baru ini.Adakah anda juga mahu "menukar" pada PRU13 ini???
Untuk semua rakyat Malaysia yang layak mengundi, selamat menunaikan tanggungjawab kepada negara sebagai pengundi untuk PRU 13.
HARI PENENTUAN : PRU13
6:00 PTG
Barisan Nasional, HARI PENENTUAN : PRU13, Kedah, Kelantan, Pasir Mas, Putrajaya, United Malays National Organisation
No comments
13.2 juta pengundi pilih tampuk pemerintahan
Hari ini pengundi akan membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) untuk menentukan tampuk pemerintahan negara bagi tempoh lima tahun selepas 15 hari parti yang bertanding berkempen.
Kira-kira 13.2 juta pengundi, termasuk 2.3 juta pengundi baru akan
membuat pilihan antara Barisan Nasional (BN) yang mempunyai rekod tidak
pernah kalah sejak pilihan raya pertama pada 1959 dan memerintah negara
selama 55 tahun dan pakatan pembangkang PAS-PKR-DAP.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen menjadi rebutan 579 calon
pelbagai parti dan calon bebas, manakala 1,321 lagi calon merebut 505
kerusi DUN di semua negeri kecuali Sarawak yang mengadakan pilihan raya
negeri dua tahun lalu.
BN bertanding di 221 kerusi parlimen, manakala pembangkang meletakkan calon di semua kerusi untuk menentukan parti yang berjaya menawan Putrajaya dan siapa bakal dipilih sebagai Perdana Menteri. BN tidak bertanding Parlimen Pasir Mas, Kelantan kerana calonnya tidak menyerahkan borang penamaan calon.
Sebelum Parlimen dibubarkan pada 4 April lalu, BN menguasai 137 kerusi diikuti DAP (29 kerusi), PAS dan PKR masing-masing 23 kerusi serta Parti Maju Sabah (SAPP) dua kerusi. Enam lagi ahli parlimen bebas daripada Semenanjung selepas keluar daripada pakatan pembangkang dan dua lagi dari Sabah keluar daripada BN dan menyokong pembangkang.
Untuk menang dengan majoriti mudah, mana-mana parti perlu mendapat sekurang-kurangnya 112 kerusi atau 148 kerusi bagi mencatatkan kemenangan dua pertiga.
Dapat mandat penuh
Najib yang mahu mendapatkan mandat penuh sebagai Perdana Menteri kali ini yakin, BN bukan saja akan kembali memerintah, malah mampu mencapai kemenangan dua pertiga dengan sehingga 160 kerusi bagi membentuk kerajaan lebih kukuh.
Namun, Anwar yang kali pertama bertanding PRU dalam cubaannya untuk menjadi Perdana Menteri selepas dipecat daripada UMNO pada 1998 juga yakin mampu membuat kejutan kali ini dengan menang sehingga 125 kerusi selepas berjaya menyekat kemenangan dua pertiga BN pada PRU 2008.
Bagaimanapun, kebanyakan pemerhati politik meramalkan Anwar dan pakatan pembangkang tidak mampu menyaingi rekod cemerlang BN dan kewibawaan Najib yang dilihat mendapat sokongan majoriti pengundi.
Sementara itu, perebutan di peringkat DUN juga dijangka menarik kerana peluang BN merampas kembali Kedah dan Selangor lebih cerah berikutan sambutan pengundi, selain kegagalan pembangkang mentadbir negeri berkenaan sejak lima tahun lalu.
BN juga dikatakan mampu melakukan kejutan di Kelantan yang diperintah PAS sejak PRU 1990 atau sekurang-kurangnya memberikan saingan dengan mengurangkan majoriti kerusi PAS dan PKR.
Tambah kerusi
Bagaimanapun, pemerhati meramalkan BN sukar menembusi Pulau Pinang yang diketuai DAP. Namun, BN yakin mampu menambah kerusi berikutan kebangkitan rakyat yang tidak selesa dengan corak pentadbiran DAP, terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.
Perak juga bakal menyaksikan saingan sengit kerana BN hanya mempunyai perbezaan tiga kerusi selepas tiga ADUN, masing-masing dua daripada PKR dan seorang DAP keluar pakatan pembangkang pada 2009 dan menyatakan sokongan kepada BN.
Helikopter dinaiki Hishamuddin terbalik, Hishammuddin terselamat
5:33 PTG
Asia, Berita, Bernama, Johor, Kuala Lumpur, Malay styles and titles, Malaysia, Royal Malaysia Police, Sungai Besi
No comments
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, berkata kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tengah hari ini.
Beliau berkata helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.
"Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.
Hishammuddin bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13.