Sunday, May 5, 2013

Google Doodle Malaysia PRU13

 
Sempena PRU 13, Google telah mengubah logo di laman utama Google Malaysia untuk sama – sama meraikan PRU 13 pada kali ini. Jika dilihat pada gambar tersebut, ianya dalah gabungan pegangan tangan yang memegang kertas undi yang akhirnya memasukkan kertas undi tersebut di dalam kotak undi.
Hari ini ialah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Malaysia.
Apa itu Google Doodle? Google Doodle adalah perubahan yang dibuat ke atas logo Google untuk meraikan hari cuti, ulang tahun dan adakalanya untuk memperingati kehidupan artis dan ahli sains yang terdahulu. Penciptaan Doodle ini adalah untuk memeriahkan lagi laman utama Google dan memberi senyuman kepada pengguna Google di seluruh dunia.



Google memang selalu menukar logo mereka untuk setiap peristiwa penting seperti hari pekerja baru-baru ini.Adakah anda juga mahu "menukar" pada PRU13 ini???
Untuk semua rakyat Malaysia yang layak mengundi, selamat menunaikan tanggungjawab kepada negara sebagai pengundi untuk PRU 13.
Google Doodle Malaysia PRU13