This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Jumaat, 1 Februari 2013

Segmen Saya Follow U,U Follow Me

Segmen Saya Follow U,U Follow Me By mselim3


"Blogwalking ni bagus sebenarnya ini kerana dengan blog walking kita dapat berkenalan dengan blogger baru dan lama dapat berkongsi segala pengalaman dan tips dalam dunia blog ini. Dunia blog ini banyak juga dugaan dan cabaran bagi
 blogger untuk meningkat naik."
ahaa begitulah serba sedikit petikan kata-kata 
dari mselim3, heee
so, marilah kita bersama menjayakan
agar majulah blogwalking untuk negara ! 
(^_^)V
Klik banner untuk menyertai bersama saya dan yang lain-lain :)
Ok lah, assalamualaikum ^^

Borang Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)



Bantuan Lesen 1Malaysia Online Borang Permohonan BL1M Online (Bantuan Lesen 1Malaysia). Daftar Sekarang! RM199 Sahaja.
Borang Permohonan BL1M Online (Bantuan Lesen 1Malaysia) : Bagi kami BL1M Online ini satu usaha yang baik dilakukan kerajaan sekarang ini. Cuma diharapkan tidak terhad kepada musim dan tempoh tertentu sahaja.
Kalau dilihat bayaran yang dikenakan….
Bayaran kos mengambil lesen motor contohnya boleh dikatakan agak tinggi sekarang. Dengan harga sekitar RM700 yang dikenakan sudah menjadi kebiasaan. Belum masuk lagi “incidental charge” seperti caj pentadbiran, duit minyak pergi JPJ, test card dan lain-lain lagi.
Permohonan BL1M Malaysia Borang Permohonan BL1M Online (Bantuan Lesen 1Malaysia). Daftar Sekarang! RM199 Sahaja.
Kebetulan sekarang pusat belajar memandu di seluruhMalaysia, pastinya menjadi tumpuan ramai terutamanya kalangan pelajar lepasan SPM yang mempunyai begitu banyak masa terluang bagi mendapatkan lesen memandu yang sah. Jadi sedang elok Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M Online) ini diperkenalkan..
Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan borang permohonan BL1M Online (bantuan Lesen 1Malaysia) ini, boleh ikuti prosedur seperti yang kami kongsikan informasi  di bawah ini….Daftar BL1M Online sekarang!
Daftar BL1M Online Borang Permohonan BL1M Online (Bantuan Lesen 1Malaysia). Daftar Sekarang! RM199 Sahaja.

Borang Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Borang Permohonan Dan Pendaftaran BL1M Bantuan Lesen 1 Malaysia. Hanya lesen motosikal sahaja diperuntukkan dibawah program BL1M Online ini. Skim Bantuan lesen 1Malaysia (BL1M) ini bertujuan untuk membantu warga Malaysia khususnya golongan muda untuk memiliki lesen motosikal yang sah selain memberi kesedaran mengenai undang-undang jalan raya dan membina etika pemanduan berhemah.

Syarat Kelayakan Permohonan Online Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

  1. Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
  2. Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
  3. Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
  4. Sihat tubuh badan
  5. Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
  6. Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
  7. Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
  8. Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ

Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia

1. Untuk membuat permohonan BL1M, sila dapatkan borang BL1M dengan klik pada laman dibawah:
2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.
3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.

Contoh Borang Online BL1M 

Borang BL1M Online Borang Permohonan BL1M Online (Bantuan Lesen 1Malaysia). Daftar Sekarang! RM199 Sahaja.

Tarikh Keputusan Permohonan BL1M?

Keputusan BL1M 2013 akan diumumkan selepas 2 minggu dari tarikh pelancaran oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pihak penganjur akan menghubungi anda semua yang ada menghantar permohonan sebaik sahaja keputusan permohonan BL1M 2013 diumumkan.

Lokasi Belajar Memandu BL1M

Program Bantuan lesen 1Malaysia ini akan dijalankan di mana-mana Institut Memandu yang dilantik oleh Parlimen, berdekatan kawasan tuan/puan.
P/S : Bagaimana? Berminat? Apa kata anda dengan inisiatif kerajaan kali mengenai 1 lagi produk 1Malaysia iaitu Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kali ini?

Jumaat, 18 Januari 2013

11 Jenis Orang Yang DiDoakan Malaikat




11 Jenis Orang Yang DiDoakan Malaikat






Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.



Kali ini MediaSerius ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
.

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
.



6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”

Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’
.

10. Orang yang sedang makan sahur

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”


Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah… Jom share dengan sahabat anda :)

Maksud / Makna Setiap Bacaan Dalam Solat