Tuesday, March 5, 2013

Terkini Pertempuran Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan Semporna


Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada (3/3/13) : Lima anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap Pertempuran Kesultanan Sulu di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah petang semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Sumber – Malaysiakini.
Berita terkini Pihak Keselamatan Mengempur Penceroboh di SINI.
Senarai Wira Negara Yang Terkorban dan Cedera (Sumber)
 
Lahad Datu
Terkorban
  1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat
  2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud
 Tercedera
  1. Koperal 135383 Azman B. Ampong
  2. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim
  3. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli
Screen Shot 2013 03 04 at 6.34.17 PM Terkini Pertempuran Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan Semporna
 
 
Semporna
  1. Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
  2. ASP Michael, (KCKD Semporna)
  3. Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
  4. Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
  5. Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
  6. Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)
Screen Shot 2013 03 04 at 6.34.55 PM Terkini Pertempuran Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan Semporna
UNTUK DAPAT MAKLUMAT TERKINI PERTEMPURAN LAHAD DATU DAN SEMPORNA SILA KE FB INI

Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam Pertempuran Kesultanan Sulu antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini. Sumber INI.

Kita biasa dengar peperangan berlaku di luar negara tetapi kini peperangan sedang berlaku di Malaysia demi mempertahankan maruah negara. Pertempuran di Lahad Datu sedang berlaku antara pasukan pertahanan Malaysia dan penceroboh yang mengelar diri mereka sebagai keturunan Sultan Sulu. Mengikut sumber di SINI menyatakan 10 penceroboh sudah terbunuh dan 2 Komando wira negara juga terkorban.
Screen Shot 2013 03 01 at 5.13.36 PM Terkini Pertempuran Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan Semporna
Berbagai laporan dikeluarkan oleh berbagai media massa dalam dan luar negara tetapi berita rasmi belum dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina. Pihak Kerajaan sudah pasti akan mengeluarkan laporan rasmi pada masa yang sesuai untuk makluman dunia.

Mengikut laporan terbaru di SINI yang dilaporkan oleh Jabatan Hal Ehwal Luar Kerajaan Filipina bahawa penceroboh telah menyerah diri tetapi angka yang terkorban hanya tiga orang tidak sama dengan kebanyakan laporan yang dilaporkan.
Screen Shot 2013 03 01 at 5.34.43 PM Terkini Pertempuran Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan Semporna
Dunia telah mengiktiraf Sabah sebahagian daripada Malaysia jadi sudah pasti Malaysia akan mempertahankan Sabah sehingga titisan darah terakhir. Sebarang tuntutan mesti dibuat melalui PBB bukan secara kekerasan kerana ianya tidak akan membawa kebaikan.

Yang peliknya kenapa pencerobohan ini berlaku ketika bahang PRU13 semakin memanas atau mungkin ada kaitan dengan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Pendatang Haram Sabah seperti berita INI dan INI dan INI apabila jerat yang diharap tidak mengena tetapi akhirnya terjerat leher sendiri jadi pencerobohan dirancang untuk mengalih perhatian Kerajaan dan Rakyat. Kerajaan yang lambat bertindak dikatakan lembab tetapi bila Kerajaan sudah bertindak dan ada yang terkorban, Kerajaan dikatakan kejam .. sudah terbaca dibanyak blog-blog politik.

Kerajaan Malaysia sudah sangat berlembut dengan penceroboh dengan memberi masa lebih daripada dua minggu untuk berunding tetapi penceroboh tegas tidak mahu berganjak dari bumi Sabah. Terkini Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan “memalukan” mereka dan kesultanan Sulu. “Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini,” Azzimudie dipetik sebagai berkata. Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.
Screen Shot 2013 03 02 at 12.00.24 AM Terkini Pertempuran Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan Semporna
Kita doakan semuga peristiwa hitam Pertempuran Kesultanan Sulu ini berakhir segera dan tiada pertempuran balas dendam selepas ini. Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban.


0 comments: