Jumaat, 4 Februari 2011

Tips yang perlu anda ketahui


Tiada yang sanggup mengaku kalau diri bermain kayu tiga atau
menduakan pasangan. Tak kira bagi pasangan suami isteri mahupun yang
sedang bercinta. Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu
menunggu si dia mengaku sekiranya anda seorang yang prihatin. Hanya
dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh
mengagak si dia sedang menduakan anda. Di bawah adalah beberapa tanda
yang boleh anda perhatikan:

1. Tiba-tiba jadi terlalu sibuk

Alasan yang paling klasik dan paling basi tapi masih sering
diutarakan. Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tapi
dia selalu mengelak untuk diajak bertemu. Kalau anda meminta untuk
ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan
dirinya.

Apabila anda memprotes pada pasangan anda bahawa dia jarang
meluangkan masa dengan anda, dia akan memarahi anda kembali dan
mungkin menjadi sangat defensif. Jika si dia sudah menunjukkan tanda-
tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia
telah menduakan anda.

Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya. Sambil itu, cuba
selidik apa kegiatannya selama ini. Jika sudah mempunyai bukti
konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak lagi. Dia akan berasa
bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan yang terbaik untuk
diri sendiri.

2. Berubah menjadi terlalu setia dan romantik

Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di
restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata
yang romantik? Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap
sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengelabui mata
anda.

Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan
hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya
sendiri. Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu
berubah, tiada alasan yang jelas dan tidak memberi jawapan yang cukup
menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian darinya, sekali
sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan
yang logik dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat
tentang kegiatannya di belakang kita.

3. Terlalu banyak berahsia

Waktu sedang bersama dengan anda, tiba-tiba telefon bimbitnya
berbunyi. Dengan segera dia menjauhkan diri dari anda dan bercakap
seperti berbisik. Bila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya
tidak jelas. Dan kalau kita meminta mahu memeriksa telefonnya, dia
akan marah dan menuduh kita tidak mempercayainya.

Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik
bersikap sewajarnya. Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan,
pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah
anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek
rahsianya.

Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan
diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai
melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya.
Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.

4. Berubah penampilan dan pendapat

Jatuh cinta boleh menyebabkan kita boleh melakukan apa saja dan
kadang-kadang terhadap perkara yang tidak masuk akal. Jatuh cinta
juga boleh menyebabkan tingkah laku berubah termasuklah penampilan,
gaya hidup dan pendapat. Mungkin dia jatuh cinta pada anak orang
kaya, jadi penampilan dia agak jauh berubah supaya lebih serasi.

Ataupun dengan orang yang lebih muda, pemakaiannya agak keremajaan.

Hati-hati kalau pasangan berubah begitu drastik, apalagi kalau dia
tidak punya alasan yang kuat untuk berubah. Biarkan dia buat begitu
semahunya dan tunggu hingga berapa lama dia boleh bertahan. Kalau
perubahan itu memang bukan dalam dirinya, dia tak perlu lama untuk
berubah kembali menjadi dirinya yang dulu.

Perkara yang membahagiakan

Empat perkara yang mendasari kebahagiaan hidup seseorang menurut
kajian di National Institute on Aging, adalah harga diri, optimisme,
keterbukaan dan pengendalian diri. Namun bukan hanya terhad kepada
empat perkara ini sahaja. Ada beberapa langkah yang boleh dibuat
untuk mencapai kebahagian dalam hidup. Antaranya ialah:

- Aktif dan mempertahankan kesibukan.
- Melakukan sesuatu dengan fikiran positif dan optimis.
- Meluangkan waktu untuk bergaul dan bersosial.
- Bekerja dengan produktif dan melakukan pekerjaan yang memberi makna.
- Berorientasi ke masa kini.
- Mengembangkan keperibadian yang sihat.
- Mengembangkan keperibadian yang terbuka.
- Jadilah diri sendiri.
- Mengurangkan permasalahan dan perasaan negatif.
- Memelihara pandangan bahawa peribadi yang elok adalah sumber
kebahagiaan yang paling utama.
- Memberikan nilai tinggi terhadap kebahagiaan itu sendiri.

lagi2 lawat page : Hari-hari saya sayang awak, hari-hari saya tengok profile awak

0 ulasan: