Bukan mudah untuk menjaga menjaga sesuatu perhubungan jika cinta tidak dibaja dan dipupuk betul-betul. Oleh itu, sentiasa elakkan diri dari melakukan sesuatu yang merenggangkan rasa cinta di hati masing-masing.
1. JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.
Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya dengan bekas kekasihmu. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar. Jadi, terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihannya tersendiri.
2. JANGAN sesekali berbohong ataupun menyimpan rahsia
Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan anda. Maka, amalkan sikap terbuka dan berterus-terang sesama anda. Ingat, “Honest hearts produce honest actions.”