Selasa, 27 November 2012
New Anonymous Bakal Hack Blog 'Copy-Paste' !!
As-Salam. Satu amaran daripada seorang errr atau mungkin kumpulan penggodam yang menggelarkan diri sebagai New Anonymous!
Penggodam (hacker) ini memberikan amaran bahawa mereka akan menyerang
blog-blog yang isi kandungannya adalah entri-entri yang diceduk dan
disenduk daripada sumber lain.
Entri
yang bersifat bukan original dan diambil dari blog lain sangatlah tidak
disukai oleh mereka. Serangan ini dilancarkan sebagai satu amaran dan
ingatan, dan sebagai pengajaran buat blogger yang suka melanggar etika
berblog dengan tidak menyediakan entri sendiri.
Bukan isu baru tetapi dah bersawang, malah ramai dah blogger-blogger yang ingatkan - jangan buat entri yang 100 peratus tiru (copy-paste) .... yang disediakan tanpa sumber diberikan, yang tidak memberikan kredit kepada sumber asal.
Andai kata blog anda terciri dalam apa yang mereka tidak suka ini, maka berhati-hatilah ... jangan jadi mangsa penggodam New Anonymous ini.
Ahad, 18 November 2012
Co.cc kepada Blogspot semula ..
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog...
Dulunya di kenali sebagai www.m-hakim-faiz.co.cc
kini kembali ke asal mhakimfaiz.blogspot.com..
Dan
www.HakimVPN.blogspot.com ..
Sekian , Terima Kasih..
Khamis, 15 November 2012
Enam Perkara Yang Perlu Ditakuti Seorang Mukmin
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Menurut Khalifah Usman ibn Affan r.a,“Hendaknya seorang mukmin merasa takut dalam 6 perkara iaitu :
1. Takut kepada Allah kalau-kalau Allah mencabut keimanan darinya.
2. Takut kepada malaikat khafadah kalau-kalau mereka menuliskan sesuatu yang memalukan pada hari kiamat.
3. Takut kepada syaitan kalau-kalau dia merosak akan pahala amalnya.
4. Takut malaikat Izra’il kalau-kalau dia mencabut nyawa dalam keadaan lupa diri kepada Allah.
5. Takut kepada dunia kalau-kalau dunia itu membuat dia terlena.
6. Takut kepada keluarganya sendiri kalau-kalau dia menyibukkan mereka dan mereka pun menyibukkannya, sehingga mereka lupa akan mengingat Allah.
P/S : Jangan berpuas hati berada di jalan yang lurus sekarang, takut-takut ia bengkok di penghujungnya. Biarlah lurus dan terus kekal lurus sampai ajal datang menjemput. Ingat pesanan Rasulullah s.a.w., “Ada di kalangan kamu yang melakukan amalan ahli syurga sehingga dia dengan syurga hanya tinggal sehasta untuk memasukinya, datang baginya ketentuan maka dia berubah melakukan amalan ahli neraka. Lantas dia dimasukkan ke dalam neraka!” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
From : Nizarazu
Kesan Buruk Tutup Laptop Tanpa Shut down
Mesti Tahu: Kesan Buruk Tutup Laptop Tanpa Shut down
Mesti ada di antara korang yang suka tutup komputer/laptop tanpa tekan butang Shut down atau Turn Off terlebih dahulu bukan? yaa. memang ada, ni kerana disebabkan malas hendak menunggu proses shut down yang agak mengambil masa. Tetapi tahukah anda, ada kesan buruk jika tutup komputer/laptop tanpa shutdown komputer..Mari baca info ini antara kes
an buruknya..
Antara kesan buruk menutup laptop/komputer tanpa shutdwon ialah :-
1. Kehilangan data pada registry dimana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.
2. Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.
3. Processor akan mudah rosak dimana semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fun cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.
4. Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.
5. Hard disk rosak dimana jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.