Tuesday, November 27, 2012

New Anonymous Bakal Hack Blog 'Copy-Paste' !!

As-Salam. Satu amaran daripada seorang errr atau mungkin kumpulan penggodam yang menggelarkan diri sebagai New Anonymous! Penggodam (hacker) ini memberikan amaran bahawa mereka akan menyerang blog-blog yang isi kandungannya adalah entri-entri yang diceduk dan disenduk daripada sumber lain.

Entri yang bersifat bukan original dan diambil dari blog lain sangatlah tidak disukai oleh mereka. Serangan ini dilancarkan sebagai satu amaran dan ingatan, dan sebagai pengajaran buat blogger yang suka melanggar etika berblog dengan tidak menyediakan entri sendiri.

Bukan isu baru tetapi dah bersawang, malah ramai dah blogger-blogger yang ingatkan - jangan buat entri yang 100 peratus tiru (copy-paste) .... yang disediakan tanpa sumber diberikan, yang tidak memberikan kredit kepada sumber asal.

Andai kata blog anda terciri dalam apa yang mereka tidak suka ini, maka berhati-hatilah ... jangan jadi mangsa penggodam New Anonymous ini.

Blog 'Copy-Paste' Kena Godam oleh New Anonymous


blog klik-aje.com kena hacked

0 comments: