Rabu, 3 Oktober 2012

Dulu 'KOLEJ' sekarang di kenali sebgai UC BESTARI (UCB)



1 Ogos 2012, Kolej Teknologi Bestari telah dinaiktaraf menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai Kolej Universiti Bestari (Universiti College Bestari - UC Bestari).


UCB 




Pelan Lokasi UCB 





Pengambilan Pelajar 
  • Pengambilan Jun/Julai (Minggu Akhir/Pertama)
  • Pengambilan November/Disember (Minggu Akhir/Pertama)

Maklumat Permohonan untuk BORANG PERMOHONAN DAN SEMAKAN PERMOHONAN















Sejarah Penubuhannya 

Sejarah Kolej Teknologi Bestari (KTB) bermula apabila didaftarkan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi pada 12hb September, 1998. Premis awalnya bertempat di bangunan yang disewa dari Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di kampong Saujana, Setiu, Terengganu, dan mula beroperasi pada 4 Jun 1998. Pada peringkat awal, KTB menjalankan program dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila memorandum persefahaman (MoU) telah termeterai di antara Y.M. Dato' Dr. Tengku Mahmud Mansor selaku Pengerusi Eksekutif Kolej Teknologi Bestari dengan Universiti Putra Malaysia yang diwakili oleh Naib Canselornya, Tan Sri Dato' Syed Jalaluddin bin Syed Salim. Perakuan akreditasi daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN) telah diperoleh pada bulan Mei 1998. Sehubungan dengan itu, KTB telah mengambil 304 orang pelajar pertamanya bagi mengikuti program-program Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Diploma Sains Komputer dan Matrikulasi Perakaunan dan Pengurusan bagi sesi Mei 1999. Seterusnya, KTB menambah 3 lagi program baru; Diploma Pengurusan Perniagaan, Sijil Pengurusan Perniagaan dan Sijil Sains Komputer.
Menyedari permintaan yang tinggi daripada pelajar seluruh Negara, 3 program lagi telah diperkenalkan; Diploma Perniagaan Berkomputer, Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Kewangan dan Perbankan dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Pada 4hb Ogos, 2004 KTB telah berpindah ke satu kawasan baru seluas 320 ekar di Putera Jaya, Bandar Permaisuri. Kawasan tersebut lebih sesuai,kondusif dan strategik bagi tempat menimba ilmu. Setelah beroperasi selama 8 tahun, KTB telah dinaik tarafkan kepada universiti pada 1hb Ogos, 2012 dengan nama barunya Kolej Universiti Bestari (University College Bestari - UC Bestari ). Kini UC Bestari mempunyai seramai 1,277 orang pelajar di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Untuk maklumat lanjut hubungi : Unit Perhubungan Korporat | Unit Pengambilan | Unit Pemasaran dan Promosi 
Universiti Kolej Bestari, Putera Jaya, Bandar Permaisuri, 22100 Setiu, Terengganu.
Tel: 609-6097100, Fax :6097109, email :info@ktb.edu.my


0 ulasan: