Rabu, 1 Ogos 2012

Bina Semula Hubungan Selepas Kantoi Menipu

Selepas ini anda perlu bersikap terbuka dan jujur dengan apa yang anda lakukan. Sekiranya anda masih menyembunyikan sesuatu walaupun bukanlah perkara penting, mungkin si dia akan mula salah sangka dan teringat kesalahan lama anda. Bukan mudah untuk pulihkan sikap seseorang yang telah ditipu. Si dia menjadi lebih curiga terhadap anda sekarang.
Berani tanggung

Anda juga harus menerima akibat atas perbuatan anda sendiri. Jangan menyalahkan kekasih gelap anda atau diri anda sendiri. Apa yang penting ialah tumpukan semula pada hubungan anda dan cuba perbaikinya semula dan kembalikan keyakinan si dia. Buktikan pada si dia anda sudah berubah.

Berikan masa
Selepas ditipu, tiada siapa yang boleh lupakan begitu saja atau sekelip mata. Berikan si dia masa untuk pulihkan kepercayaan dan hilangkan rasa sedih. Dalam waktu ini, jangan sesekali mendesak. Keadaan mungkin menjadi sebaliknya.
Jangan cuba menipu lagi
Tentu ianya sesuatu yang menyakitkan hati bagi pasangan yang telah ditipu. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah putuskan semua hubungan sulit yang anda ada. Anda mesti luahkan sejujurnya kepada pasangan yang anda sayangkan hubungan sedia ada.





"Jangan menyalahkan kekasih gelap anda atau diri anda sendiri."

Okay, bagi saya, kita perlu menyalahkan diri sendiri. Kenapa??? Supaya kita tak fikir yang tindakan kita sentiasa betul. Supaya kita sedar dan menyesali perbuatan kita yang lalu. Kita tak boleh ego, dan tak mau mengakui kesalahan yang kita telah lakukan. Sebaliknya, kita perlu bertanggungjawab atas setiap perbuatan kita, bahkan kita sepatutnya berasa malu.

Itu Cuma pendapat peribadi saya. Bagaimana pula dengan pendapat anda??? Kalau ada nak tambah panduan lain, boleh tambah kat bahagian komen yer...


Ps: Asik kne tipu je, blah je lah...

0 ulasan: