Sabtu, 25 Ogos 2012

Malunya... Kekasihku Buruk Perangai!





buruk perangai 
 
 
“Ish awak ni langsung tak senonohlah, ada ke patut kentut depan orang ramai, buat malu je! Jagalah sikit kelakuan tu, jangan main lepas je. Kalau iya pun tak tahan sangat, awak pergilah tempat yang tak ada orang. Mana saya nak letak muka? Malu tau!”

Oh tidak, kamu seakan-akan ingin menjerit saat teman lelaki mula membuat perangai peliknya itu. Kenapa mesti dia berkelakuan sebegitu? Kamu tentu rasa seperti ingin menyorokkan muka atau lari jauh-jauh agar mereka tidak tahu bahawa itu teman lelaki kamu bukan? Jangan begitu, terimalah kekurangannya dengan hati yang terbuka. Mungkin kamu boleh mengubah dirinya secara perlahanlahan. Ingin tahu apa yang kamu patut lakukan, jom semak tip ini.


5 Sebab Lelaki Berkelakuan pelik?

1. Tabiat diri yang sukar dikawal. Mungkin sudah menjadi tabiat atau kebiasaannya untuk melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh di mana-mana sahaja. Malu ditolaknya tepi, asalkan si dia puas.

2. Tidak pernah ditegur oleh sesiapa sehingga si dia terus berkelakuan seperti itu. Mungkin di kalangan ahli keluarganya juga seperti itu. Seolah-olah tiada siapa yang ambil peduli.

3. Dari suka-suka pada mulanya terus menjadi satu rutin yang dilakukan setiap kali keluar bersama kamu atau sesiapa sahaja. Secara tidak langsung, terbawabawa sikap peliknya itu.

4. Tidak kisah tentang kebersihan dan sensitiviti awam. Bagi mereka itu perkara biasa dan tidak perlu diambil peduli. Mulut orang tidak boleh ditutup, jadi lebih baik buat tak tahu sahaja.

5. Ingin mendapatkan perhatian orang ramai dengan tabiat yang dilakukan. Kadang-kadang mereka suka bila nampak si gadis lalu dia melakukan sesuatu yang pelik sehingga menjengkelkan orang di sekelilingnya.

Majalah REMAJA

0 ulasan: