Monday, August 27, 2012

PrelaunchX : Lihat Bagaimana Anda Ditipu Olehnya Atau Tidak Ditipu


Assalamualaikum dan selamat hari raya....






Eh Free ya? Oh..penulis terfikir, betapa senangnya nak dapat duit. Bukannya sedikit sebaliknya nilai sehingga USD 1000 sebulan. Daftar secara percuma pula tu. Sudahla daftar secara percuma, diberi pula modal USD100. 



Kalau ajak ramai-ramai user masuk dan daftar, dapat pula bonus. Bonus pula bukannya statik USD10 seorang. Ada pula tingkat-tingkatnya. Bonus diberi mengikut level iaitu dari level 1 hingga level 10. Dari level 1 hingga 5, bonusnya tidaklah banyak sangat. Kalau dilihat nilainya, sedikit sahaja tetapi bila dilihat bonus level 6 hingga 10, boleh gelap mata melihat nilainya. Lagi ramai yang daftar melalui link kita, lagi banyak la dapat.


Bagaimanapun, untuk membuka kunci level 6 hingga 10, terdapat 2 pilihan yang diberikan yang seterusnya berpeluang untuk mendapatkan wang (bonus) dari level 1 hingga level 10. Setelah dilihat secara teliti, dapat disimpulkan bahawa anda akhirnya perlu mengeluarkan sejumlah wang. Dengan kata lain, tak adanya percuma. Ia sekadar memerangkap anda dengan sejumlah bonus yang begitu banyak, apabila anda terpengaruh, di situ bermulalah anda diTIPU.

Pilihan pertama :


Pilihan kedua :
 



Tapi, jika anda masih mahu mendaftar juga, Anda boleh klik di sini dan daftar, penulis tidak mempunyai sebarang halangan. Cuma nasihat penulis, usah mudah tertipu. Jangan cepat percaya apabila janji-janji manis berupa wang diberikan. Jangan mudah terpedaya dengan janji apabila anda ditunjukkan sejumlah wang yang banyak yang memerlukan anda berkorban deminya yang akhirnya membuatkan anda menyesal.



2 comments: