This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selasa, 27 November 2012

Page Rank

.. Terperanjat juga bila tengok, rasa macam tak betul pula.. Betul ke toolbar ni.. ke google yang silap pengiraan.. hehehe.. tapi tidak mengapa mungkin rezeki untuk blog H@K!M.. Alhamdulillah...

Masih N/A di rank page.. bukan senang nak dapat dan bukan senang nak maintainkan PR.. Mungkin ini reward yang selama ini maintainkan entri dan blogwalking.. Rasanyalah ke sebab lain..





  
Insyaallah, semoga saya dapat naik dari N/A kepada PR dan naikkan lagi. 

Owh ye, sedikit penerangan mengenai PR ataupun Page Ranking :

Apa Itu Pagerank?


Pagerank diadili oleh Google.. Bermaksud blog anda mempunyai backlink yang baik serta entri keyword yang telah diindex dengan baik serta SEO yang baik...


Maksudnya Google mengiktiraf blog anda ini mesra blogging atau mesra Google..tak lembab, ada linkage ( senang spider nak lompat ke blog anda)


Untuk dapatkan pagerank  H@K!M boleh katakan jumlah traffic tidak memainkan peranan yang terlalu penting (kalau salah tolong tunjukkan, takut tersalah kenyataan).... Pernah lihat tak, ada blogger pagerank tinggi tapi Alexa tinggi juta-juta?

Untuk memperolehi pagerank anda mesti ada pengetahuan SEO serba sedikit.. Macam saya dulu bila dengar SEO, apa benda SEO tu...Clueless...




Buat sementara waktu untuk SEO hanya tumpukan:

a) External dan internal link dalam blog anda - berkait bloglist/exchange banner 
b) Mahir dalam nofollow/dofollow
c) Loading time blog monitor - ini berkait dengan image dan widget
d) Meta tag/ meta description
e) Selalu submit entri ke Google, Bing dan Yahoo
f) Keyword yang baik

Ada kes sesebuah blog itu SEO agak teruk tapi dapat pagerank.....sebab banyak bloglist atau exchange banner dari blogger lain..

Kesimpulannya, tak kira apa PR anda, hargailah blog anda dan hargai juga blog rakan anda...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 berapa la page ranking blog yang biasa-biasa ni...jom la kekawan kita check page rank blog kita sendiri...pada kekawan yang tak tahu dan ingin tahu juga boleh la pi check page ranking blog masing-masing di laman web ini yer...


inilah dia result yang DI perolehi...page ranking blog  hanya N/A jer..ok jugalah tu dari tak ada apa-apakan...agaknya blogger2 femes kita semua tu PR,SEO dan UV mereka mesti lebih banyak lagi kan...!


p/s masih belajar perlahan-lahan ..


Ranking: 5

New Anonymous Bakal Hack Blog 'Copy-Paste' !!

As-Salam. Satu amaran daripada seorang errr atau mungkin kumpulan penggodam yang menggelarkan diri sebagai New Anonymous! Penggodam (hacker) ini memberikan amaran bahawa mereka akan menyerang blog-blog yang isi kandungannya adalah entri-entri yang diceduk dan disenduk daripada sumber lain.

Entri yang bersifat bukan original dan diambil dari blog lain sangatlah tidak disukai oleh mereka. Serangan ini dilancarkan sebagai satu amaran dan ingatan, dan sebagai pengajaran buat blogger yang suka melanggar etika berblog dengan tidak menyediakan entri sendiri.

Bukan isu baru tetapi dah bersawang, malah ramai dah blogger-blogger yang ingatkan - jangan buat entri yang 100 peratus tiru (copy-paste) .... yang disediakan tanpa sumber diberikan, yang tidak memberikan kredit kepada sumber asal.

Andai kata blog anda terciri dalam apa yang mereka tidak suka ini, maka berhati-hatilah ... jangan jadi mangsa penggodam New Anonymous ini.

Blog 'Copy-Paste' Kena Godam oleh New Anonymous


blog klik-aje.com kena hacked

Ahad, 18 November 2012

Co.cc kepada Blogspot semula ..


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog...





Dulunya di kenali sebagai www.m-hakim-faiz.co.cc
kini kembali ke asal mhakimfaiz.blogspot.com.. 

Dan 

www.HakimVPN.blogspot.com ..





Sekian , Terima Kasih.. 



Khamis, 15 November 2012

Enam Perkara Yang Perlu Ditakuti Seorang Mukmin



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Menurut Khalifah Usman ibn Affan r.a,“Hendaknya seorang mukmin merasa takut dalam 6 perkara iaitu :








1. Takut kepada Allah kalau-kalau Allah mencabut keimanan darinya.

2. Takut kepada malaikat khafadah kalau-kalau mereka menuliskan sesuatu yang memalukan pada hari kiamat.

3. Takut kepada syaitan kalau-kalau dia merosak akan pahala amalnya.

4. Takut malaikat Izra’il kalau-kalau dia mencabut nyawa dalam keadaan lupa diri kepada Allah.

5. Takut kepada dunia kalau-kalau dunia itu membuat dia terlena.

6. Takut kepada keluarganya sendiri kalau-kalau dia menyibukkan mereka dan mereka pun menyibukkannya, sehingga mereka lupa akan mengingat Allah.

P/S : Jangan berpuas hati berada di jalan yang lurus sekarang, takut-takut ia bengkok di penghujungnya. Biarlah lurus dan terus kekal lurus sampai ajal datang menjemput. Ingat pesanan Rasulullah s.a.w., “Ada di kalangan kamu yang melakukan amalan ahli syurga sehingga dia dengan syurga hanya tinggal sehasta untuk memasukinya, datang baginya ketentuan maka dia berubah melakukan amalan ahli neraka. Lantas dia dimasukkan ke dalam neraka!” [Riwayat Bukhari dan Muslim]







From : Nizarazu

Kesan Buruk Tutup Laptop Tanpa Shut down







Mesti Tahu: Kesan Buruk Tutup Laptop Tanpa Shut down



Mesti ada di antara korang yang suka tutup komputer/laptop tanpa tekan butang Shut down atau Turn Off terlebih dahulu bukan? yaa. memang ada, ni kerana disebabkan malas hendak menunggu proses shut down yang agak mengambil masa. Tetapi tahukah anda, ada kesan buruk jika tutup komputer/laptop tanpa shutdown komputer..Mari baca info ini antara kes
an buruknya..



Antara kesan buruk menutup laptop/komputer tanpa shutdwon ialah :-

1. Kehilangan data pada registry dimana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.

2. Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.

3. Processor akan mudah rosak dimana semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fun cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.

4. Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.

5. Hard disk rosak dimana jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.




Isnin, 12 November 2012

Ayat Romantik Untuk Memikat

Hoyey!! memang seronok bercinta ni kan.. maklumlah bila bercinta semuanya bagaikan kita yang punya. Buat salah pun jadi betul maklumlah tengah hot bercintalah katakan. Kalau nak kekal bahagia bercinta sehingga ke jinjang pelamin, setiap pasangan tu perlulah saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Berikut gambar kat atas tu adalah beberapa situasi untuk pikat awek. Haha memang susah sebenarnya nak pikat awek ni lebih-lebih lagi orang macam aku ni yang jenis pemalu. Dalam hati nak cari awek yang comel dan cantik tapi aku sendiri tak hensem tak macho haha.. tak pe aku sebenarnya ada cara untuk pikat awek ni. Nanti aku bagi tau caranya. Tapi sebelum itu aku nak kepoh sikit kalau nak cari awek ni kenalah yang pandai memasak, pandai kemas rumah, pandai jaga hati orang tua, kena lah pandai segalanya. Alang-alang dah cari awek tu kira cari sekali lah bakal isteri betul tak?.. jangan cari yang cantik je tapi pemalas haha..

Mudah saja sebenarnya.. tak perlu pun ayat-ayat jiwang pun untuk pikat si dia.. cuma .. ok tengok sketsa ni pulak..
Berusahalah untuk pikat sidia untuk anda nanti untuk dijadikan isteri .. Hehe ..
tapi semua tu datangnya dari Nya jugak.. segalanya boleh berlaku asalkan korang berusaha dengan ikhlas dan sentiasa berdoa supaya dapat jodoh yang baik-baik

Sekian, Kita jumpa lagi .. 



Cara Untuk Menggunakan Windows 8



Hari ini rina akan kongsi dengan anda bagaimana untuk menggunakan windows 8 secara mudah. Saya juga tahu kebanyakan anda masih  belum tahu untuk menggunakan windows 8.Bagi yang sudah tahu pun di benarkan membaca.
Windows 8 Start Menu
WINKEY Toggles between Desktop and Start Menu
Esc Key If you have the Desktop running it will exit to desktop
whenever in Start Menu
WINKEY + , Provides Peak of Desktop if open
WINKEY + B Switch to the Windows Desktop and select the tray
notification area.
WINKEY + C Display Charms and notification
WINKEY + D Switch to the Windows desktop and toggle Show Desktop
(hides/shows any applications and other windows).
WINKEY + E Switch to the Windows desktop and launch Windows
Explorer with Computer view displayed.
WINKEY + F Search Files using the new Windows Search pane.
WINKEY + I Display Settings pane for the Start screen.
WINKEY + L Lock PC and return to Lock screen.
WINKEY + M Minimize the selected Explorer window.
WINKEY + O Toggle orientation switching on slate and tablet PCs.
WINKEY + P Display the new options for items like projectors.
WINKEY + Q Search within Apps using the new Windows Search pane.
WINKEY + R Switch to the Windows desktop and display the Run box.
WINKEY + U Switch to the Windows desktop and launch the Ease of Access Center.
WINKEY + X Switch to the Windows desktop and Administrative tools.
WINKEY + Z Display the App Bar in a Metro-style app.
WINKEY + 1, WINKEY + 2, WINKEY + 3 ,,,, Launches each of the classic desktop Task Bar apps from
Left to right.
Windows Classic Desktop Keys
WINKEY + . List all Running Apps
WINKEY + B Select the tray notification area.
WINKEY + C Display Charms and notification
WINKEY + D Toggle Show Desktop. Very cool feature to help find
other apps / shortcuts on desktop
WINKEY + E Launch Windows Explorer with Computer view displayed.
WINKEY + F Search Files using the new Windows Search pane.
WINKEY + I Display Settings pane for Windows Desktop
WINKEY + L Lock PC and return to Lock screen.
WINKEY + M Minimize the selected Explorer window.
WINKEY + O Toggle orientation switching on slate and tablet PCs.
WINKEY + P Display the new options for items like
projectors.
WINKEY + Q Search (within) Apps using the new Windows Search pane.
WINKEY + R Display Run box.
WINKEY + U Launch Ease of Access Center.
WINKEY + W Search Settings using the new Windows Search pane.
Defaults to Settings first
WINKEY + X Switch to the Windows desktop and Administrative
tools.
WINKEY + Left or Right Arrow Aero Snap Moves position of selected app
WINKEY + Up Arrow Will Maximize Selected App
WINKEY + Down Arrow Will Change app from Maximize to Normal then to Task Bar of Selected App
WINKEY + 1, WINKEY + 2, WINKEY + 3 ,,,, Launches each of the classic desktop Task Bar apps from
Left to right.

Buku Panduan Windows 8



Buku Panduan Windows 8 Sedia Di Muat Turun



Windows 8 sudah di lancarkan pada baru-baru ini.Pasti ramai yang teruja untuk mencuba dan menggunakan Windows terbaru keluaran Microsoft ini.
Terdapat pelbagai ciri menarik yang hadir bersama Windows 8 ini. Salah satunya ialahInternet Explorer 10Windows Store dan sebagainya.  Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Windows 8 ini di laman rasmi Microsoft sendiri.

Baiklah, berikut merupakan buku Panduan Windows 8 yang sedia dimuat turun:


Sabtu, 10 November 2012

Tanda Tanda Jodoh Kita


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ..

tanda tanda jodoh kita
10 Tanda Tanda Jodoh KitaJodoh di tangan Tuhan memang benar adanya. Anda tak akan benar-benar tahu siapakah yang akan menjadi jodoh Anda kelak. Akan tetapi, bukan berarti Anda tak bisa menerka sipakah orang yang akan jadi jodoh Anda. Anda bisa kenali apakah pasangan Anda akan menjadi jodoh kelak nanti. Kenalilah tanda-tanda jodoh atau tidaknya Anda dengan pasangan. Tanda-tanda tersebebut diantaranya sebagai berikut 10 tanda-tanda jodoh kita :


Dia membuat Anda tertawa sekaligus menangis

Ada kalanya Anda bersenda gurau dan bermanja mesra dengannya. Membuat Anda merasa menjadi sosok wanita yang paling bahagia sedunia. Tetapi, di sisi lain, ia juga sempat membuat Anda menangis sedih. Entah karena Anda berselisih paham dengannya, atau karena hal-hal kecil seperti terlambat menjemput, telepon yang tak kunjung diangkat, atau ia lupa akan tanggal jadian.
Itulah yang disebut dengan CINTA. Tak hanya hal manis saja yang mewarnai, namun juga beberapa hal pahit yang membuat hubungan Anda lebih beraneka rasa. Dengan mengalami hal-hal manis dan berat, Anda dan dia akan semakin tahu bahwa satu sama lain saling membutuhkan.


Punya beberapa kesamaan

Sekalipun Anda dan pasangan adalah sosok yang berbeda kepribadian, setidaknya ada beberapa kesamaan yang Anda punya. Semisal, travelling, fotografi, selera musik, atau selera makanan. Dan melalui hal-hal tersebut Anda bisa merasakan momen KLIK!


Ia mengagumi kecantikan alami Anda tanpa makeup

Bahkan di saat Anda tak memulaskan makeup-pun ia masih suka memandangi dan mengagumi Anda. Itulah cinta. Ia dibuat terkagum akan setiap jengkal dari Anda, dalam kondisi apapun.


Anda tahu kekurangannya, tetapi masih mencintainya

Anda mengenali seluk beluk dirinya, masa lalunya, kekurangannya, namun Anda tetap mencintainya. Apalagi kalau bukan dinamakan cinta?
Bahkan saat ia berbuat kesalahan, Anda masih bisa memaafkan dan memberikannya kesempatan sekali lagi… lagi… dan selalu berharap ia dapat memperbaiki kesalahannya, karena Anda tak ingin kehilangan dirinya.


Dia selalu mendukung Anda

Apapun yang Anda lakukan, ia selalu memberikan support dan semangat. Bahkan di saat usaha Anda gagal, atau karier Anda sedang terpuruk, ia tak pernah absen memberikan semangat bagi Anda.


Anda mempercayainya 100%

Ibu Anda pernah memberikan nasehat, “jangan percaya pada pria 100%, jangan juga memberikan hatimu 100% sebelum kamu menikah dengannya…” tetapi nasehat tersebut hanya sebatas petuah bagi Anda. Anda tetap tak bisa memberikan setengah hati saja, dan Anda memberikan utuh padanya sekalipun Anda tahu Anda menempuh resiko akan terluka dan kecewa.


Bahkan ayah Anda menyukainya

Tak perlu mempedulikan pendapat orang lain, yang penting Anda dan si dia saling suka. Ah, ya itu memang benar. Tetapi, siapa sih yang tidak bangga bila kekasihnya disukai dan diterima dengan hangat oleh keluarga?
Ayah, ibu, tetangga, bahkan saudara-saudara Anda menyukainya. Menganggap bagian dari keluarga sendiri. Bagaimana bisa Anda memikirkan pria lain lagi?


Bangun di pagi hari, Anda merasa menjadi wanita yang paling beruntung

Kehadirannya, mewarnai hari Anda. Sekalipun di hari-hari saat Anda ‘marahan’ dengannya. Anda masih merindukan kehadirannya, dan merasa beruntung memilikinya di dalam hidup Anda.


Anda tak pernah lagi flirting

Bahkan, pria di sudut cafe yang melempar senyuman manis bagi Anda, hanya terlihat seperti sosok asing yang tak ingin Anda berikan respon lebih lanjut. Anda memalingkan perhatian dan menikmati hidangan tanpa menghiraukannya.


Anda dapat merasakannya

Sebenarnya, Mr Right atau bukan, Anda bisa merasakannya. Rasakan lewat sentuhan jemarinya, rasakan lewat genggaman tangannya, lewat kecupan bibirnya yang tak hanya terasa di kulit Anda, tetapi juga merasuk di hati Anda.

Demikianlah Tanda Tanda Jodoh Kita Semoga bermaanfaat untuk kita semua .. :-) 

Jumaat, 9 November 2012

Menjaga hubungan baik sesama manusia



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia .. 





Untuk menerangkan keadaan ini dengan lebih terperinci, meh patik habaq mai kat korang sume. Dalam komunikasi 2 hala, give & take perlu supaya tiada perkara yang tak diingini akan berlaku lebih-lebih lagi kes salah faham dalam komunikasi manusia.

Diri ini  berkata demikian bilamana dalam komunikasi seharian, kita sering salah tafsir dengan cepat apa yang disampaikan tanpa memikirkannya dahulu apa sebenarnya. Itu laaa yang sering dialamai sesiapa sahaja termasuklah diri saya sendiri.

Dalam hubungan sesama manusia, rasa hormat, manis mulut dan sebagainya yang baik-baik ini perlu diamalkan supaya perhubungan sesama manusia akan menjadi lebih akrab. Orang kata, kalau kita nak kita dihormati, cubalah menghormati orang lain.

Seperti kisah yang cuba  bawakan tadi, insan A telah melakukan 1 kebaikan untuk cuba bertegur sapa sebaik mungkin. Al-maklom laaa melayu ni kan penuh dengan tata susila dan adab sopan walaupun kita tahu apa yg dilakukan, kita masih lagi ingin menegurnya. Tak gitu???

Bagi patik pula, pihak B sepatutnya tidak perlu kot untuk melakukan sedemikian. Rasanya tiada salahnya kalau kita bertegur dengan sedemikian. Rasa nya tak da laaa yang cedera parah malah berlumuran darah gamaknye kan??? Sepatutnya pihak B perlu lah menjawab penyapaan pihak A walaupun mungkin pihak A nampak apa yang sedang dilakukan.

Kesimpulan nya, bertegur sapa ini adalah amalan mulia. Cuba bayangkan korang duduk 1 rumah tapi sifat bertegur sapa ni tiada diterapkan antara penghuni. Bergitu juga dengan jiran tetangga, sifat tegur menegur (walaupun dengan soalan kurang pandai) perlu digunapakai supaya kemesraan itu akan terjalin.



DIRIWAYATKAN, pada suatu ketika, malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Padamasa itu, ada seorang lelaki duduk di depannya.Malaikat maut berkata: "Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya." 

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yangternyata masih hidup, bahkan keadaannya bertambah sihat.Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding keadaan sebelumnya. 

Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut: "Mengapa demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?" 

Malaikat maut menjawab: "Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi."

Sehubungan itu, Rasulullah sendiri ada bersabda, bermaksud: 

"Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim." 

Islam memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim, bahkan Allah 
akan memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya. 

Firman Allah bermaksud "Allah menghapuskan apa-apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan (apa-apa yang Dia kehendaki)." 

Menyambung silaturahim adalah satu cara yang diajarkan Rasulullah untuk memanjangkan umur dan pada masa yang sama, menambahkan rezeki dengan keizinan Allah. 

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim. 
Contohnya, dengan hormat menghormati sesama Muslim, menghormati dan bermanis muka 
terhadap tetamu serta jiran tetangga dan ziarah menziarahi dengan niat silaturahim. 

Semua orang mengakui, bahawa Islam adalah agama persaudaraan, perpaduan dan silaturahim atau agama yang saling menghubungkan kasih sayang sesama Islam, saudara, keluarga dan sesama manusia. Islam agama yang mengatur manusia cara hidup terbaik, hidup bersaudara, bersilaturahim dan bersefahaman. 

Firman Allah bermaksud "Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujuraat, ayat 10) 

Nabi ketika ditanya mengenai manusia yang terbaik, menjawab dalam sabdanya bermaksud: "(Orang yang terbaik antara mereka) ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah. Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran." (Hadis riwayat At-Thabrani). 

Inilah asas hidup bersilaturahim atau bersaudara dalam Islam. Manusia tidak boleh hidup bersendiri tanpa keluarga, kawan, sahabat, jiran dan masyarakat. 

Masyarakat atau umat yang tidak mementingkan hubungan silaturahim adalah masyarakat yang tempang, tiada kekuatan dan jauh daripada keberkatan di sisi Allah.



Sekian buat kali ini. Ini hanyalah imaginasi patik sahaja. Tiada kaitan antara HIDUP ataupun MATI.

Cara Menghilangkan Jerawat

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia .. 

Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Di bawah ini terdapat cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl Peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.

Tips / Petua Menghilangkan Jerawat



Cara Untuk Menghilang Jerawat Batu@Besar
Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecilAmbil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas..


letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur..


hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…


selamat mencuba…




Hilangkan Jerawat Halus
Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.


Menghilangkan Bekas Jerawat
Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.


Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.


Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.


Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.


Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.




Menghilangkan Jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .


Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.


Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.


Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.


Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.


Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.


Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.


Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.


Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.


lagi petua...


1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.


2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah


3. Bersihkan wajah dengans empurna setiap kali selepas mengunakan mekap


4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yangs esuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.


5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.


6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.


7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.


8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.


9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih


10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.


11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.


12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu


13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan


14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.


dan lagi...


Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.


Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.


Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.


Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.


Punca jerawat.
Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.


Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.


Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.


Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.


Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.


Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.


Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.


Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.


Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.


Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.


Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.


Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.


Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.


Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. 


Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.


Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.


Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".


Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.


Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.


Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.


Rawatan Untuk Jerawat.


Liang yang tersumbat harus dibuka.
Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.


Mengurangkan jangkitan bakteria.
Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".


Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.

Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia .. 


Lelaki tidak sukakan wanita berjerawat. Semenjak dari dulu jerawat memang menjadi permasalahan utama bagi wanita. Rasanya masalah jerawat hadir pada muka memang tidak disukai ramai termasuk cik tom sendiri. Muka cik tom ini memang jenis berminyak dan berjerawat. Macam2 tips dan produk yang telah cik tom cuba untuk mengatasinya. Kali ini cik tom nak kongsikan Tips Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat tanpa guna produk kecantikan dan juga bahan kimia yang berbahaya. Segala tips cara hilangkan jerawat dalam entry ini pernah dicuba sendiri oleh cik tom masa sekolah dan belajar di universiti.

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Paling cik tom suka sapu lidah buaya ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini pun menjadi cik tom amalkan.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu

Tips ini rajin cik tom cuba masa sekolah dulu, ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam. Cik tom suka bau pucuk jambu batu wangi.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.
Yang penting untuk amalkan tips ini kena rajin dan konsisten. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan. Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk mencubanya Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat okey!
Info : ciktom