Friday, November 9, 2012

Menjaga hubungan baik sesama manusia



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia .. 





Untuk menerangkan keadaan ini dengan lebih terperinci, meh patik habaq mai kat korang sume. Dalam komunikasi 2 hala, give & take perlu supaya tiada perkara yang tak diingini akan berlaku lebih-lebih lagi kes salah faham dalam komunikasi manusia.

Diri ini  berkata demikian bilamana dalam komunikasi seharian, kita sering salah tafsir dengan cepat apa yang disampaikan tanpa memikirkannya dahulu apa sebenarnya. Itu laaa yang sering dialamai sesiapa sahaja termasuklah diri saya sendiri.

Dalam hubungan sesama manusia, rasa hormat, manis mulut dan sebagainya yang baik-baik ini perlu diamalkan supaya perhubungan sesama manusia akan menjadi lebih akrab. Orang kata, kalau kita nak kita dihormati, cubalah menghormati orang lain.

Seperti kisah yang cuba  bawakan tadi, insan A telah melakukan 1 kebaikan untuk cuba bertegur sapa sebaik mungkin. Al-maklom laaa melayu ni kan penuh dengan tata susila dan adab sopan walaupun kita tahu apa yg dilakukan, kita masih lagi ingin menegurnya. Tak gitu???

Bagi patik pula, pihak B sepatutnya tidak perlu kot untuk melakukan sedemikian. Rasanya tiada salahnya kalau kita bertegur dengan sedemikian. Rasa nya tak da laaa yang cedera parah malah berlumuran darah gamaknye kan??? Sepatutnya pihak B perlu lah menjawab penyapaan pihak A walaupun mungkin pihak A nampak apa yang sedang dilakukan.

Kesimpulan nya, bertegur sapa ini adalah amalan mulia. Cuba bayangkan korang duduk 1 rumah tapi sifat bertegur sapa ni tiada diterapkan antara penghuni. Bergitu juga dengan jiran tetangga, sifat tegur menegur (walaupun dengan soalan kurang pandai) perlu digunapakai supaya kemesraan itu akan terjalin.



DIRIWAYATKAN, pada suatu ketika, malaikat maut datang kepada Nabi Daud. Padamasa itu, ada seorang lelaki duduk di depannya.Malaikat maut berkata: "Enam hari lagi, orang ini akan dicabut nyawanya." 

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, Nabi Daud menjenguk lelaki itu yangternyata masih hidup, bahkan keadaannya bertambah sihat.Lelaki itu kelihatan lebih muda berbanding keadaan sebelumnya. 

Nabi Daud pun bertanya kepada malaikat maut: "Mengapa demikian (dia masih hidup) sedangkan katamu tinggal enam hari saja lelaki itu akan dicabut nyawanya?" 

Malaikat maut menjawab: "Ketika itu, selepas beredar dari hadapanmu, dia sudah menyambung silaturahimnya yang sudah lama terputus, maka Allah menambahkan umurnya hingga 20 tahun lagi."

Sehubungan itu, Rasulullah sendiri ada bersabda, bermaksud: 

"Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, hendaklah dia mengeratkan hubungan silaturahim." 

Islam memuji mereka yang mahu menyambung hubungan silaturahim, bahkan Allah 
akan memanjangkan umur dan melimpahkan rezeki kepadanya. 

Firman Allah bermaksud "Allah menghapuskan apa-apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan (apa-apa yang Dia kehendaki)." 

Menyambung silaturahim adalah satu cara yang diajarkan Rasulullah untuk memanjangkan umur dan pada masa yang sama, menambahkan rezeki dengan keizinan Allah. 

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengeratkan silaturahim. 
Contohnya, dengan hormat menghormati sesama Muslim, menghormati dan bermanis muka 
terhadap tetamu serta jiran tetangga dan ziarah menziarahi dengan niat silaturahim. 

Semua orang mengakui, bahawa Islam adalah agama persaudaraan, perpaduan dan silaturahim atau agama yang saling menghubungkan kasih sayang sesama Islam, saudara, keluarga dan sesama manusia. Islam agama yang mengatur manusia cara hidup terbaik, hidup bersaudara, bersilaturahim dan bersefahaman. 

Firman Allah bermaksud "Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujuraat, ayat 10) 

Nabi ketika ditanya mengenai manusia yang terbaik, menjawab dalam sabdanya bermaksud: "(Orang yang terbaik antara mereka) ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah. Dan orang yang paling erat hubungan silaturahimnya (sesama keluarga atau saudaranya). Dan orang yang paling banyak mengajak kepada kebaikan serta orang yang paling banyak dalam melarang berbuat kemungkaran." (Hadis riwayat At-Thabrani). 

Inilah asas hidup bersilaturahim atau bersaudara dalam Islam. Manusia tidak boleh hidup bersendiri tanpa keluarga, kawan, sahabat, jiran dan masyarakat. 

Masyarakat atau umat yang tidak mementingkan hubungan silaturahim adalah masyarakat yang tempang, tiada kekuatan dan jauh daripada keberkatan di sisi Allah.



Sekian buat kali ini. Ini hanyalah imaginasi patik sahaja. Tiada kaitan antara HIDUP ataupun MATI.

0 comments: