Friday, May 17, 2013

Kita Terima Pasangan Seadanya

 
 
Setiap pasangan yang tengah hangat bercinta sekarang nie ada impian untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang sah sehingga akhir hayatkan… rasanaya.. tapi.. korang cuba tanya diri korang.. korang terima seadanya tak apa yang ada di dalam diri pasangan korang.. dari bentuk fizikalnya, pekerjaannya, sikapnya, fikirannya, perangainya.. dan semualah.. kalau korang terima seadanya.. alhamdulillah.. dan kalau tak.. cuba untuk berubah..

korang cuba baca kemudian korang fikir dalam-dalam.. sejauh mana korang menerima pasangan korang seadanya…




sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd, OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan…. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja…. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ……..

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu….
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar KEPERLUANmu… Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA….
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU… MENGASIHIMU… Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milikorang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL…
JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN


kalau kita nak mencarii yang sempurna… pastikan kita cukup sempurna.. dan ingat.. takde sesiapa yang sempurna melainkan Allah.. sebab tue Allah cipta manusia hidup berpasangan bukan kekeliruan identiti untuk menyempurnakan antara satu sama lain.. untuk melengkapkan mana yang tak lengkap..